Connect with us

Berita Lain

Dua Dana Bawah SKMM Akan Diaudit – Gobind


PUTRAJAYA — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan  menjalankan audit ke atas dua kumpulan dana yang diuruskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan banyak pertanyaan timbul berkenaan pengurusan dana tersebut.
Menterinya Gobind Singh Deo berkata dua dana tersebut adalah Dana SKMM yang ditubuhkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Dana USP) yang ditubuhkan mengikut Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, penyata kewangan SKMM menunjukkan Dana SKMM adalah RM800 juta manakala mengikut penyata kewangan Dana USP berjumlah RM8.5 bilion setakat 31 Dis 2016.
“Audit terhadap kedua-dua dana ini adalah untuk mengesahkan amaun dalam akaun-akaun tersebut dan meningkatkan ketelusan dalam penggunaan dana,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya  di sini hari ini.
Gobind berkata beliau akan memaklumkan juruaudit yang akan melakukan audit berkenaan serta bila dan tempoh audit akan dilakukan.
Gobind berkata perbincangan akan diadakan bersama Jabatan Audit Negara dan SKMM kerana terdapat undang-undang terpakai mengenai cara bagaimana wang berkenaan diaudit mengikut akta berkaitan.
“Pada saya ia mungkin dilaksanakan oleh Jabatan Audit, pihak-pihak bebas atau bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang yang mengetuai Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurutnya, walaupun kedua-dua dana itu telah diaudit secara tahunan, namun susulan banyak pertanyaan yang timbul, kementeriannya merasakan wajar dilakukan audit bebas untuk pengesahan.
Gobind berkata Dana SKMM diadakan untuk tujuan keperluan kewangan SKMM seperti  ditetapkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala Dana USP digunakan mengurangkan jurang digital dengan memberi perkhidmatan komunikasi dan akses Internet kepada kawasan luar bandar dan kawasan di mana perkhidmatan adalah terhad, melalui projek infrastruktur.
“Syarikat-syarikat telekomunikasi wajib menyumbang sebahagian peratusan daripada perolehan mereka tahun ini kepada dana tersebut yang diuruskan oleh SKMM,” katanya.
Gobind menjangkakan audit berkenaan akan turut mengutarakan kelemahan-kelemahan sekiranya ada dalam penggunaan kedua-dua dana tersebut, serta masalah dalam proses penganugerahan dan pelaksanaan projek-projek di bawah dana tersebut sehingga hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dalam pada itu, Gobind turut ditanya mengenai cabaran debat yang ditawarkan Tengku Razaleigh Hamzah kepada Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat isu dan mengisytiharkan harta masing-masing untuk jawatan Presiden UMNO.
“Bagi saya itu bukan satu masalah, namun terpulang kepada Khairy dan Ahmad Zahid untuk menyahut cabaran itu, dan kalau perlukan platform saya akan membawa perkara itu kepada perhatian Radio Televisyen Malaysia (RTM),” katanya. 
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel