Connect with us

Berita Lain

Duta China ucap Selamat Hari Raya



MENYANTUNI kemeriahan umat Islam menyambut Aidilfitri, Duta China ke Malaysia, Bai Tian menampilkan erti keikhlasan menerusi ucapan raya dalam bahasa Melayu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Meskipun tidak sempurna sebutannya, namun mesej yang cuba diterapkan menerusi video hampir dua minit itu dilihat sarat dengan tema Aidilfitri iaitu erti kemenangan, selain dihiasi bait pepatah bagi menggambarkan usaha mengharungi cabaran tatkala sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.


Mengenakan baju batik dan berlatarbelakang kaligrafi Cina, Tian menyifatkan ucapan itu mewakili masyarakat Muslim di republik berkenaan, yang turut menyambut lebaran dengan cara tersendiri.


“Saya atas nama rakyat China khususnya 20 juta Muslim China mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan Muslim Malaysia sekalian.


“China dan Malaysia bagai isi dengan kuku. Bak kata pepatah bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Semoga semua rakan Muslim Malaysia terus dikurniakan kesejahteraan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Sekali lagi, Selamat Hari Raya,” katanya menerusi pautan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Kedutaan Republik China di Malaysia, hari ini.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel