Connect with us

Berita Lain

Erdogan Sah Menang Pilihan Raya Presiden Turki

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan
kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden, yang berlangsung semalam, menewaskan
pencabarnya apabila berjaya meraih 52.5 peratus daripada 99 peratus jumlah undi
yang dikira.

“Keputusan tidak rasmi pilihan raya ini dengan jelas
membuktikan bahawa saya, sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat negara ini
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Turki sudah memberi pengajaran kepada seluruh dunia
mengenai amalan demokrasi,” katanya ketika berucap sempena kemenangannya di
kediamannya di sini, sambil mengumumkan jumlah peratusan mengundi sebanyak 88 peratus.

Menurut agensi berita Anadolu, Erdogan, 64, calon Parti
Keadilan dan Pembangunan (AKP) berjaya memperoleh 52.5 peratus undi, manakala
Muharrem Ince, 54, dari Parti Rakyat Republikan (CHP) mendapat 31 peratus undi.
Berita kemenangan itu turut diumumkan jurucakap Kerajaan
Turki, Bekir Bozdag, yang dilaporkan berkata, keputusan tidak rasmi selepas 95
peratus undian dikira, menunjukkan Erdogan sedang mendahului berbanding calon
yang lain.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Rakyat Turki sudah memilih Erdogan sebagai
presiden/presiden eksekutif pertama Turki di bawah sistem yang baharu.
“Mereka (rakyat Turki) berkata ‘teruskan’ kepada Presiden
Erdogan,” kata Bozdag di Twitter. – Reuters/AFP/BH ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel