Connect with us

Berita Lain

Fitnah untuk lagakan pemimpin – Mohd Noorhisyam



KETUA Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bukit Bintang, Mohd Noorhisyam Abd Karim menganggap tuduhan beliau menyalahguna kuasa dan mendalangi penyelewengan tapak Bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai fitnah.


Beliau mendakwa fitnah yang tersebar itu adalah agenda pihak tertentu untuk melaga-lagakan beliau serta parti PPBM dengan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang disebarkan itu dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membuktikan kebenaran.


“Selain itu, saya juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan fitnah berkenaan atas nasihat peguam,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.


Katanya lagi, beliau turut membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, 1.30 tengah hari tadi dengan ditemani peguamnya.


“Ini untuk membersihkan nama saya serta parti (PPBM) daripada tohmahan itu kerana saya tidak mahu kerajaan baharu ini disamakan dengan kerajaan yang memerintah sebelum ini.


“Saya juga tidak mahu hanya kerana masalah yang kecil ini memburukkan imej serta nama baik PPBM dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun,” kata beliau.


Noorhisyam berkata, beliau bersedia dipanggil untuk direkod keterangan atau memberi penjelasan berhubung tuduhan itu pada bila-bila masa kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau turut membuat dua laporan polis masing-masing pada Khamis lalu dan semalam meminta pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan.


Media sebelum ini melaporkan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan bagi mendapatkan 80 tapak bazar di Jalan Masjid India pada Ramadan lalu.


Difahamkan, tapak bazar itu kemudian disewakan semula sehingga RM5,000 bagi satu lot dan dianggarkan penganjur mengaut keuntungan keseluruhan kira-kira RM400,000.


Difahamkan, DBKL hanya mengenakan caj RM6,238 kepadanya untuk kesemua 80 tapak itu.


Setiausaha Pemuda PPBM Bukit Bintang Abdul Razak Zabir dan Ketua Penerangannya, Azrul Feisal Abdullah juga membuat laporan polis terhadap tuduhan pembabitan mereka dalam isu itu.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel