Connect with us

Berita Lain

Gaji Bekas Menteri Penasihat Najib Cecah RM200,000 Sebulan

Datuk Seri Najib Razak (hadapan)

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan
membayar barisan penasihatnya sehingga RM200,000 sebulan, tidak termasuk faedah
dan kelebihan lain, menurut laporan The Malaysian Insight hari ini.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, penasihat Najib
menikmati gaji antara RM70,000 hingg RM200,000 sebulan.
“Tetapi setakat ini kami hanya mengenalpasti seorang
yang mendapat gaji RM200,000 sebulan. Ini hampir sepuluh kali ganda lebih
tinggi berbanding gaji perdana menteri. Pemeriksaan masih berjalan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka bukan saja mendapat gaji tinggi, tetapi juga
menerima banyak faedah dan kelebihan lain,” kata sumber itu seperti
dipetik.
Laporan itu juga berkata penasihat dengan gaji terbesar itu
juga merupakan “bekas menteri kabinet yang menjadi penasihat kepada
Pejabat Perdana Menteri”, dan mengetuai sebuah unit di situ.
Bagaimanapun nama individu tersebut tidak dinyatakan dalam
laporan itu.
Seorang lagi penasihat yang mendapat gaji tinggi – juga
tidak dinamakan – bertanggungjawab dalam soal “jenama 1Malaysia,”
kata laporan itu.
Maklumat ini diperoleh selepas pegawai kerajaan Pakatan
Harapan (HARAPAN) meneliti dokumen rahsia milik pentadbiran BN dulu.
Sejak HARAPAN mentadbir negara, semua penasihat ini tidak
lagi dibayar gaji oleh kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Semua pegawai ini tidak lagi bekerja dengan kerajaan.
Kebanyakannya mengosongkan pejabat sebaik selepas kekalahan BN.
“Mereka sama ada pergi secara sukarela tanpa
memberitahu kami atau diminta untuk berbuat demikian,” kata sumber itu
seperti dipetik.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
sejumlah 17,000 lantikan politik akan diberhentikan bagi mengurangkan
perbelanjaan kerajaan.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel