Connect with us

Berita Lain

Guan Eng Nafi Dakwaan Najib, Tiada Tuntutan China Import Barang AS$2 Trilion


KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan hari ini sekali lagi
menyerang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan dakwaan
komitmen China untuk mengimport barangan bernilai AS$2 trilion sebagai
sebahagian daripada dua perjanjian paip bernilai RM9.4 bilion.
Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan hari ini berkata, tidak
ada yang didokumentasikan seperti itu dan dakwaan itu nyata tidak benar dan
palsu.

“Semua pegawai yang ditanya menyatakan tuntutan oleh
Datuk Seri Najib tidak benar. Tiada komitmen dibuat oleh China seperti didakwa
oleh Najib dalam mana-mana kertas Kabinet yang dibentangkan pada 2016 dan 2017,
seperti yang meluluskan projek Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kecuali jika ada kertas Kabinet tersembunyi atau
“merah” yang tidak ada akses kecuali Perdana Menteri sendiri,” katanya.
Najib, yang juga bekas menteri kewangan, mengeluarkan
kenyataan pada 5 Jun 2018 mempertahankan pemberian dua projek petrokimia dan
gas bernilai RM9.4 bilion kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) oleh
SSER.
“Datuk Seri Najib sengaja tidak menumpukan perhatian
kepada soalan-soalan utama yang merangkumi skandal bernilai RM9.4 bilion tetapi
sebaliknya memberi tumpuan kepada faedah yang bakal dinikmati oleh negara
daripada menandatangani kontrak RM9.4 bilion ini,” kata kenyataan itu.
Najib mendakwa, beliau dan Perdana Menteri China, Li Keqiang
menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk
projek-projek tersebut bersama-sama dengan projek lain di Beijing pada 14 Mei
2017.
China juga komited untuk mengimport barangan bernilai AS$2
trilion dalam tempoh lima tahun akan datang dari Malaysia, melabur hingga
AS$150 bilion di Malaysia dan menawarkan 10,000 tempat latihan dan kajian di
pelbagai institut di China sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.
“Kami juga mendapati, Projek Landasan Keretapi Pantai
Timur (ECRL) dan projek SSER sentiasa dibentangkan dalam Kabinet bersama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai kelulusan
Kabinet, “katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, timbul tanda tanya antara ECRL dan SSER kerana
dua projek itu berbeza yang melibatkan beberapa syarikat serta kontraktor yang
berlainan di lokasi yang berjauhan dari satu sama lain, walaupun kedua-dua
projek milik Malaysia ini dibiayai oleh China Exim Bank.
“Datuk Seri Najib dengan sengaja enggan menjawab soalan
utama mengenai skandal RM9.4 bilion ini tentang mengapa pembayaran RM8.3 bilion
yang bersamaan dengan 88 peratus daripada nilai projek, dibuat walaupun hanya
13 peratus kerja progresif telah selesai.
“Kenapa dia membenarkan pengeluaran sedemikian dibuat
dalam tahun pertama kontrak 3 tahun?
“Sebanyak 88 peratus daripada dana dikeluarkan walaupun
projek-projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP)
merekodkan hanya 14.5 peratus dan 11.4 peratus siap , masing-masing pada akhir
Mac 2018, atau purata 13 peratus, “katanya.
Sebagai rekod, MPP melibatkan saluran paip petroleum
sepanjang 600km yang menghubungkan Melaka dan Port Dickson ke Jitra, dengan kos
RM5.35 bilion.
TSGP pula melibatkan pembinaan saluran paip gas sepanjang
662km dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau dengan kos RM4.06 bilion.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel