Connect with us

Berita Lain

Guang Eng digesa minta maaf dalam Bahasa Melayu



SHAH ALAM –  Menteri Kewangan, Lim Guan Eng digesa mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan menghormati kedudukan bahasa rasmi negara.


Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenyataan permohonan maaf tersebut mestilah dalam Bahasa Melayu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya terkilan dengan tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian di dalam Bahasa Mandarin dan bukannya dalam Bahasa Kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu.


“Tindakan tersebut sangat biadab, menghina dan merendah-rendahkan kedudukan Bahasa Melayu yang menjadi perkara asas bukan sahaja dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi dalam setiap amalan dan urusan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kenyataan yang ditulis dan dikeluarkan dalam Bahasa Mandarin tersebut adalah kenyataan rasmi yang melibatkan urusan pentadbiran negara dan kepentingan awam dan bukannya sesuatu yang bersifat peribadi.


Beliau berkata, sebagai negara yang mengangkat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tindakan sedemikian dengan jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan amalan pentadbiran negara ini.


“Malah, secara tidak langsung, tindakan yang mengundang kemarahan dan rasa tidak senang oleh masyarakat umum tersebut, boleh dilihat sebagai sengaja mahu menunjukkan keangkuhan dan sikap semberono beliau dalam menjalankan tugas rasmi kerajaan,” katanya.


Mohamed Khaled berkata, Guan Eng seolah-olah lupa dengan pendirian sebagai ‘I am not Chinese, I am Malaysian’ yang dinyatakan semasa di awal pelantikannya.


“Jika tindakan tersebut bukan sekadar satu gimik politik yang penuh kepura-puraan, sebaliknya bertujuan menunjukkan semangat kebangsaan dan nilai beliau sebarang seorang warga negara Malaysia, mengapa ia tidak diterjemahkan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, apabila pegawai tinggi kerajaan, yang bertindak atas kapasiti kerajaan dan menjalankan tugas-tugas kerajaan, dengan sedar dan sengaja memilih untuk tidak mematuhi dan menghormati amalan dan Dasar Bahasa Kebangsaan, ia sudah pastilah satu tindakan yang tidak boleh diterima.


Malah katanya, di negara-negara yang mempunyai pelbagai bangsa seperti Amerika Syarikat sekalipun, kenyataan rasmi pegawai tinggi kerajaan akan dikeluarkan dalam bahasa rasmi negara tersebut.


“Dan sekalipun ingin beralih dari bahasa rasmi, sepatutnya Guang Eng mengeluarkan kenyataan tersebut dalam semua bahasa-bahasa utama. Menggugurkan Bahasa Melayu bukanlah satu pilihan sama sekali.


“Jika tidak fasih, tidak mahir dan tidak pasti akan sesuatu istilah dan penggunaan Bahasa Melayu,  Guan Eng boleh sahaja mendapatkan khidmat pelbagai agensi Kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Melainkan, pada beliau, bahasa Melayu dan semua agensi ini sudah tidak penting dan tidak layak dirujuk,” sarannya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel