Connect with us

Berita Lain

Hati-hati Buat Tuduhan, Najib Nasihat Guan Eng


KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak mengalu-alukan siasatan secara telus dan terbuka terhadap dua projek
saluran paip gas yang dibangkitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini
iaitu Projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).
Perjanjian projek yang dianggap berat sebelah dan meragukan
itu bernilai RM9.4 bilion ditandatangani oleh Suria Strategic Energy Resources
Sdn Bhd (SSER).

Najib menerusi Facebooknya, meminta kerajaan lebih
berhati-hati dalam membuat sesuatu dakwaan bermotif politik terutama melibatkan
syarikat milik sebuah negara asing kerana ia mungkin akan mencetuskan kesan
negatif terhadap hubungan perdagangan antarabangsa Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya yakin, semua prosedur dan proses perundangan dipatuhi
berkaitan dengan rundingan dan perlaksanaan dua projek saluran paip yang
dibangkitkan Guan Eng hari ini.
“Saya dapati Guan Eng menyebut kesemua bayaran dibuat kepada
China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) adalah mengikut perjanjian dan bukan
kepada pihak-pihak lain. CPPB ialah anak syarikat kepada salah sebuah syarikat
terbesar di dunia dan dimiliki kerajaan China iaitu China National Petroleum
Corporation,” tulisnya.
Memetik laporan Sinar Harian lagi, ahli Parlimen Pekan itu menegaskan, kedua-dua projek saluran
gas ini yang lebih ekonomik dan jaminan manfaat bekalan tenaga bagi Malaysia
telah dirunding melalui asas kerajaan kepada kerajaan dengan kerajaan China.
“Saya dan Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menyaksikan
pemeteraian Perjanjian Kesefahaman (MoU) bagi projek saluran gas ini bersama
beberapa projek lain ketika membuat lawatan rasmi ke Beijing pada 14 Mei, 2017.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pada majlis yang sama, China turut memberikan komitmen
untuk mengimport barangan bernilai AS$2 trilion bagi tempoh lima tahun dari
Malaysia, membuat pelaburan sehingga AS$150 bilion di Malaysia dan menawarkan
10,000 tempat bagi latihan serta pendidikan untuk rakyat Malaysia di pelbagai
institut di China,” jelasnya.
Najib menambah, dalam pertemuan itu juga turut dinyatakan
komitmen daripada kerajaan China membantu pekebun kecil sawit di Malaysia
dengan pembelian tambahan minyak sawit daripada kita.
Perjanjian-perjanjian yang berkaitan telah ditandatangani
oleh Ketua Setiausaha Penbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar, yang juga Pengerusi
SSER. Beliau telah meletakkan jawatan pada 23 Mei 2018.
Terdahulu, Guan Eng, meminta Irwan Serigar dan Najib
menjelaskan perjanjian berat sebelah dan meragukan bernilai RM9.4 bilion
ditandatangani oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).
Beliau juga inginkan penjelasan mengapa SSER menandatangani
kontrak itu yang boleh mengugat kepentingan rakyat dan kerajaan Malaysia.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel