Connect with us

Berita Lain

Imej Beg Mewah Hermès Dorong Ramai Derma Tabung Harapan – Guan Eng


Kemarahan terhadap penyelewengan wang
negara mungkin pendorong orang ramai menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia
(THM), kata menteri kewangan.
Apabila mereka melihat ratusan beg jenama mewah dan wang
tunai RM114 juta dirampas, kata Lim Guan Eng, mereka rasa selama ini mereka
tertipu.
“Saya tidak sangka. Namun ia menunjukkan [mereka]
sayangkan negara, dan juga rasa marah rakyat Malaysia yang tertipu dan
terpedaya dengan semua skandal ini,” katanya kepada Malay Mail di
Putrajaya semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Wang tunai itu dari 35 beg yang dirampas, sementara 37 beg
lagi mengandungi barangan berharga. Sebanyak 284 kotak beg Hermes Birkin turut
dirampas.
Rampasan itu, dibuat 18 Mei lalu, dari tiga unit di
pangsapuri mewah di sini dalam siasatan terhadap bekas perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak.
Dalam wawancara itu, Lim juga berkata “tiada sesiapa
yang dapat melupakan imej” bagasi yang dipenuhi wang tunai dan kotak oren
beg tersebut.
“Hermès. Bagaimana sebutannya?” katanya. “Dua
ratus lapan puluh empat [buah beg]. Saya fikir satu sudah cukup. Sungguh
membingungkan”.
Setakat semalam, kutipan pada hari kedua THM berjumlah lebih
RM18 juta. Kutipan derma ini dibuat bagi menampung bayaran hutang negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


– Malay Mail

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel