Connect with us

Berita Lain

Ismail Bakar KSU Baharu MoF, Ganti Irwan Serigar


PUTRAJAYA, 12 Jun — Datuk Seri Dr Ismail Bakar dilantik
sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu berkuat kuasa hari ini (12
Jun).
Ismail, 58, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar
Abdullah, yang kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan
dipendekkan sehingga 14 Jun ini, dan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam
sejak 14 Mei lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika
mengumumkan pelantikan itu berkata Ismail, yang telah berkhidmat dalam
perkhidmatan awam selama 32 tahun,  berpengalaman
luas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan menerusi karier
perkhidmatannya.
Sebelum pelantikan itu, Ismail ialah Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian
Pengangkutan, Pengarah Belanjawan Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian
Kewangan dan Penasihat Kanan Ibu Pejabat Bank Dunia, Washington.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ismail berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari
Universiti Malaya, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Doktor Falsafah dari
University of Hull, United Kingdom.
“Saya percaya menerusi pengetahuan, pengalaman dan
kredibiliti yang dimilikinya, akan membolehkan beliau melaksanakan
tanggungjawab ini dengan berkesan dan mampu meneruskan visi Kementerian
Kewangan sebagai peneraju strategik keberhasilan kewangan dan ekonomi bagi
memastikan pertumbuhan mampan demi kemakmuran rakyat dan negara,” kata Ali. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel