Connect with us

Berita Lain

Jam Rolex RM3.5j Antara Dirampas Di Pavilion Residences

Seutas jam daripada 433 dipercayai milik keluarga bekas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirampas dari tiga kondominium
mewah di Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan dianggarkan berharga RM3.5juta.
Memetik laporan akhbar berbahasa cina tempatan, seutas lagi
jam tangan jenama Cecil Purnell berharga RM1.2 juta, manakala jenama lain
terdiri daripada Patek Philippe dan Richard Mille.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Berdasarkan penilaian yang dibuat pakar, nilai keseluruhan
jam tersebut dianggarkan RM80 juta, lapor Sinar Harian.
Sejak 30 Mei lalu, proses penilaian barang rampasan dari
tiga unit kondominium mewah itu masih dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Bukit Aman.
Difahamkan, proses pengiraan itu memakan masa lama kerana ia
memerlukan bantuan pakar barang kemas dan jam tangan mewah bagi mengetahui
nilai sebenar barang tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Akhbar itu turut menyebut penilaian terhadap 37 beg berisi
jongkong emas dan barang kemas masih di peringkat akhir.
Pada 25 Mei lalu, rampasan 35 daripada 72 beg, yang berisi
wang tunai termasuk 25 mata wang asing, mencecah RM114 juta.
Polis juga merampas 284 kotak beg berjenama mewah dalam
serbuan tersebut.
Rampasan itu, dibuat pada 18 dan 20 Mei, berkaitan siasatan
skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Datuk Seri Najib
Razak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel