Connect with us

Berita Lain

‘Jangan Cemas, Siasatan 1MDB Tiada Kaitan Dengan Umno’


Umno tiada sebab untuk berasa cemas dengan siasatan 1MDB
kerana ia tiada kaitan dengan parti itu, kata ketua penerangannya Tan Sri
Annuar Musa.
“Jangan keliru, Umno adalah parti politik. Kita tiada
kaitan dengan 1MDB,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di PWTC,
Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, Umno tidak tahu apa yang berlaku dalam 1MDB
dan tidak pernah diberi penerangan tentang sebarang urus niaga oleh syarikat
milik negara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau diminta mengulas laporan The Malaysian Insight yang
memetik sumber mendakwa badan penguatkuasa menyiasat kira-kira 1,000 individu,
termasuk ahli politik, yang disyaki menerima bayaran dengan dana 1MDB.
Laporan itu berkata antara yang disiasat ialah bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, ahli
keluarga Najib, ahli politik BN, pegawai kanan kerajaan, ahli perniagaan dan
peguam.
Ditanya berkenaan laporan itu, Annuar berkata: “Ia
mengejutkan kerana jumlahnya begitu besar. Tapi kita tak boleh kata percaya
(laporan itu) atau tidak. Saya juga nak tahu.

“Biar proses siasatan diteruskan dan kedaulatan
undang-undang ditegakkan.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri
Johari Abdul Ghani berkata beliau terkejut dengan jumlah mereka yang disiasat.
“Jika betul apa yang dinyatakan dalam laporan itu, saya
pasti orang ramai nak tahu.
“Jumlah 1,000 yang disiasat ini perkara baru buat saya.
Tetapi satu perkara yang pasti, saya boleh jamin, nama say tak termasuk,”
katanya yang bertanding kerusi naib presiden bagi pemilihan Umno kali ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel