Connect with us

Berita Lain

Jangan terlalu lama siasat skandal rasuah 1MDB: Muhyiddin



JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri mahu proses siasatan terhadap skandal rasuah 1Malaysian Development Berhad (1MDB) tidak diambil terlalu lama.


Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana nilai rampasan dari serbuan yang dibuat untuk kes berkenaan bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion merupakan jumlah yang sangat luar biasa berlaku dalam sejarah negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurutnya, oleh itu, beliau mahu pasukan khas yang dilantik menyiasat kes dapat membawa pihak berkenaan ke muka pengadilan.


“Apa pun kita berharap bukan setakat itu saja (siasatan), tetapi tindakan undang-undang yang sesuai perlu diambil dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama.


“Dengan task force dibentuk di bawah Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk tangani isu 1MDB dan SRC (penyelewengan SRC International), itu dapat mengambil tindakan undang-undang seterusnya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengenai jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas dari kediaman dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.


Ahli Parlimen Pagoh serta Adun Gambir itu juga turut mempersoalkan bagaimana bekas Perdana Menteri (Najib) boleh mengumpul harta terlalu banyak sehingga tidak terduga oleh sesiapapun.


“Ada orang kata sejarah seperti itu berlaku di negara Filipina dulu di bawah Marcos dan Imelda Marcos, tetapi apabila saya terbaca begitu macam nak pengsan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Reaksi orang ramai dan rakyat bahawa mereka macam tidak percaya jumlah amaun sebesar itu dapat ditemui dalam serbuan dan dilakukan pihak polis yang ada hubung kait dengan isu 1MDB.


“Mula-mula mungkin ramai tidak percaya, tapi dengan mata kepala mereka sendiri dapat lihat hasil bentuk barangan yang pelbagai,” katanya.


Terdahulu, beliau membuat lawatan kerja di Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, hari ini.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel