Connect with us

Berita Lain

Kawan Baik Jho Low Nasihat Untuk Pulang Bantu Siasatan


GEORGE TOWN: Seorang rakan kepada ahli perniagaan paling
dikehendaki Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low berharap agar dia
kembali ke negara ini untuk membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia
Development Bhd (1MDB).
Anggota Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga, Jason Ong Khan
Lee (gambar) berkata, sukar bagi Low untuk melepaskan diri daripada pihak
berkuasa kerana 1MDB adalah kes berprofil tinggi, bukan sahaja di Malaysia
tetapi di peringkat antarabangsa, lapor mStar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Interpol telah dimaklumkan mengenai kes itu. Jika Low
diletakkan di bawah senarai “no-fly”, lebih sukar baginya untuk
melarikan diri dari siasatan.
“Oleh itu, lebih baik jika dia dapat kembali membantu
siasatan dan melihat hasilnya,” kata peguam itu selepas menyerahkan hamper
kepada penduduk flat di Rifle Range pada Sabtu (9 Jun).
Ong berkata, Low adalah rakan zaman kanak-kanaknya dan
mereka membesar bersama-sama, tetapi dia tidak berjumpa dengan Low sejak 2013.
“Sebagai kawan dan peguam, saya akan menasihati dia
untuk kembali.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya juga akan menasihati beliau untuk mendapatkan
peguam terbaik. Sama seperti bagaimana Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim)
memberitahu Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak),”
katanya.
Ong juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan
sendiri dan tidak mensabitkan Jho Low dengan kesalahan sebelum pendakwaan
dibuat.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel