Connect with us

Berita Lain

‘Kedai Emas Pun Tak Banyak Barang Macam Tu’


Jumlah barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang
dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah menjejaskan imej
parti itu di kalangan rakyat.
Ketua Umno bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee berkata  anggota akar umbi Umno turut terkejut dengan
nilai rampasan yang diumumkan pihak polis.
“Adakah kamu jangka ahli akar umbi tak terkejut dengan
apa yang ditemui di rumah Najib? Sudah tentu terkejut.
“Kalau buka kedai emas pun, kedai emas pun tak banyak
barang macam itu,” katanya ketika ditemui pemberita ketika pemilihan Umno
yang berlangsung di Cheras hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Polis sebelum ini merampas wang tunai, beg tangan, jam
tangan mewah, cermin mata hitam dan pelbagai barangan kemas yang dianggar
mencecah nilai RM1.1 bilion dari kediaman bekas presiden Umno itu.
Najib berkata barangan berkenaan adalah hadiah kepada beliau
dan keluarganya, serta tidak ada kaitan dengan 1MDB.
Ditanya mengenai perkara itu, Syed Ali berkata beliau
menyerahkannnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

“Dia boleh kata apa sahaja yang dia mahu, polis akan
melakukan siasatan mereka. Kalau ada kes, dakwalah dia,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Syed Ali memberitahu perwakilan
Umno bahawa parti itu ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-14 lalu
kerana tuduhan rasuah oleh pemimpinnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa parti itu tidak
bersalah.
“Umno adalah sebuah parti untuk orang-orang Melayu,
parti yang banyak berjasa kepada orang Melayu. Yang buat kesalahan orang dalam
parti iaitu pemimpin-pemimpin Umno,” katanya.

Buat pertama kalinya sejak negara mencapai kemerdekaan, Umno
dan parti gabungannya BN tewas dalam pilihan raya ke-14 (PRU) bulan lalu.
Pada PRU itu, Umno hanya berjaya memenangi 54 kerusi
parlimen, manakala parti komponen lain dalam BN meraih 25 kerusi.
Namun selepas PRU, dua anggota parlimen Umno memutuskan
untuk meninggalkan parti itu dan menjadi anggota parlimen bebas.
Manakala sebahagian besar parti-parti komponen BN pula
meninggalkan gabungan itu menyebabkan ia kini hanya terdiri daripada Umno, MCA
dan MIC.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel