Connect with us

Berita Lain

Kediaman Jamal Md Yunos Dipecah Masuk



KUALA LUMPUR — Polis sedang mengesan empat lelaki yang dikatakan memecah masuk kediaman Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos di Ampang di sini pada pagi Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 8.30 pagi itu daripada seorang pengurus pengawal keselamatan di kediaman Jamal  pagi  semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pengadu, 54, dari syarikat keselamatan yang mengawal kediaman Jamal telah dimaklumkan seorang pengawal keselamatan yang mendakwa kediaman berkenaan dimasuki empat lelaki yang mana salah seorang dari suspek menutup muka dan mengambil barangan.
“Barangan yang dicuri termasuk satu beg pakaian besar, cermin mata pelbagai jenama, tiga telefon bimbit dan beberapa barangan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati hanya seorang pengawal keselamatan yang berkawal di kediaman terbabit ketika kejadian.
Hamzah berkata setakat ini jumlah kerugian belum dapat dipastikan dan pengadu membuat laporan polis untuk perlindungan syarikat keselamatan serta bagi tuntutan insurans sekiranya ada.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.
Sementara itu, Jamal, 40an, dalam kenyataan media hari ini berkata beliau telah dimaklumkan mengenai  rumahnya yang telah diceroboh oleh empat individu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jamal berkata ini merupakan kali kedua rumahnya dicerobohi perompak dan menyerahkan kepada “pihak tertentu” untuk siasatan selain meminta peguamnya untuk melakukan sesuatu di bawah undang-undang yang ada.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel