Connect with us

Berita Lain

Kejutan jutawan bakhil

LOH bersama pembantu rumahnya, Tri Wahyuni, yang menjaganya sehingga dia meninggal dunia tahun lalu. FOTO Today Online



Singapura: Keluarga seorang lelaki bakhil di sini, yang meninggal dunia ketika berusia 89 tahun, terkejut kerana lelaki itu bukan saja sebenarnya jutawan dengan harta S$20 juta (RM59.7 juta), malah mendermakan jutaan ringgit kepada pertubuhan kebajikan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Loh Kum Mow meninggal dunia pada Disember 2016 dan keluarganya hanya mengetahui mengenai kekayaannya selepas semua harta serta sahamnya selesai dikira beberapa bulan lalu.


Loh yang meninggal dunia akibat sakit tua mendermakan S$3.35 juta (RM10 juta) kepada empat pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Kebajikan Moral Thye Hua Kwan, Hospital Ren Ci dan Persatuan Perkhidmatan Kebajikan Bo Tien dengan masing-masing menerima hampir S$840,000 (RM2.511 juta).


Menurut laporan Today Online, badan kebajikan itu dimaklumkan beberapa bulan lalu selepas saham milik Loh dicairkan sepenuhnya.


Loh mewasiatkan hartanya, masing-masing 13.75 peratus kepada empat anak saudara, manakala tiga kakaknya masing-masing menerima enam peratus.


Kekayaannya turut mengejutkan ahli keluarganya yang lain dan dia dikatakan melabur dalam pasaran saham, selain bekerja sebagai pembantu akauntan di sebuah syarikat.


Menurut anak saudaranya, Charlie Loh, yang mewarisi rumah Loh di Bukit Timah, berkata, dia tidak begitu mengenali bapa saudaranya.


Menurutnya, saudaranya berasal daripada keluarga miskin sebagai penjual ikan dan mengumpul kekayaan hasil titik peluh sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Loh hidup ringkas dan tidak memiliki barangan berjenama kecuali jam tangan Seiko yang dibaiki beberapa kali.


Loh membaiki bumbung rumahnya apabila ia hampir runtuh dan mengecat rumah itu selepas pihak berkuasa memberi amaran untuk menyamannya.


Mendiang isterinya yang bekerja di syarikat sama sebagai jurutaip, turut memiliki sikap cermat dalam berbelanja dan mereka berkahwin ketika suaminya berusia 40-an, namun mereka tidak mempunyai anak.


Charlie berkata, bapa saudaranya yang berasal dari Guangdong, China berhijrah ke Singapura ketika berusia tiga tahun dan tidak pernah lupa mengirim wang kepada keluarganya di sana.


Katanya, dia sempat membantu bapa saudaranya menunaikan hasrat terakhir pada 2014 untuk melawat saudara di Shantou sebelum kematiannya dua tahun kemudian.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel