Connect with us

Berita Lain

Kembalikan Aset 1MDB? Thomas Paling Handal, Kata Peguam


KUALA LUMPUR, 5 Jun — Firma guaman milik Tommy Thomas hari
ini mengalu-alukan pelantikan peguam kanan itu sebagai Peguam Negara dan
mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam menjalankan tugas baharu itu
nanti.
Peguam Sitpah Selvaratnam, Alan A. Gomez dan Ganesan Nethi
daripada firma Tommy Thomas dalam kenyataan hari ini berkata Thomas telah
melakar kerjaya cemerlang dalam bidang guaman dan sentiasa berpegang teguh pada
kesamarataan, keadilan, kebenaran dan perkara hakiki.

“Maka, ketika negara kita dengan jelas memilih integriti dan
kebertanggungjawaban, meletakkan Thomas untuk menerajui institusi utama
keadilan dan undang-undang merupakan bukti jelas tentang komitmen ke arah
melaksanakan pembaharuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Walaupun kami sudah pasti akan merindui beliau, namun demi
negara, kami amat gembira kerana gandingan antara bakat, integriti dan
pengetahuan Thomas dalam bidang undang-undang menghadiahkan kepada Malaysia
seorang daripada peguam paling cemerlang sebagai peguam negaranya yang akan
datang.
“Kami ucapkan selamat maju jaya kepada beliau sebagai
Peguam Negara Malaysia,” kata mereka.
Menurut barisan peguam itu, pelantikan Thomas sebagai Peguam
Negara juga memberi kebanggaan kepada mereka.
Kenyataan itu berkata walaupun media sering menyebut Thomas
sebagai peguam perlembagaan, sebenarnya, beliau telah menghabiskan sebahagian
besar masanya selama 42 tahun dalam bidang guaman dengan memberi khidmat
sebagai peguam korporat dan perdagangan serta bertindak dengan cemerlang dalam
beberapa kes besar melibatkan hutang korporat dan pemerolehan semula aset
seperti dalam kes Amos William Dawe and Mosbert; Lian Keow lwn Overseas Credit
Finance, dan Bank Bumiputra lwn Lorrain Osman.
“Terbaru, beliau mencurahkan khidmat dalam kes Suruhanjaya
Sekuriti menentang Swiss Cash, skim Ponzi melibatkan seluruh dunia yang lahir
di Malaysia – menjejaki dana dalam skim Ponzi itu hingga ke bank di Hong Kong,
Jersey dan British Virgin Islands; mendapatkan Injunksi Mareva di seluruh dunia
dan pada pengetahuan kami mendapatkan bayaran pampasan paling besar bagi mereka
yang menjadi mangsa dalam skim Ponzi,” kata mereka.
Firma guaman itu juga berkata Thomas mengetuai dengan
jayanya pasukan mereka dalam dua kes pemerolehan semula bon paling terkenal di
Mahkamah Malaysia : Pesaka Astana dan Aldwich Berhad.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Memandangkan pemerolehan kembali aset korporat merupakan
topik hangat sekarang dan dengan kerajaan memberi tumpuan untuk mendapatkan
kembali aset 1MDB, kami tidak ragu-ragu berpendapat bahawa mereka telah
melantik peguam paling handal di Malaysia dalam bidang itu, yang memiliki
pengetahuan, pengalaman dan ketekunan untuk menerajui litigasi  berkaitan 1MDB, sama ada dari segi sivil atau
jenayah.
“Sesetengah daripada anda mungkin menyedari bahawa amalan
Thomas jauh lebih meluas dan mendalam daripada apa yang kami sebutkan itu.
“Beliau telah mengendalikan beberapa kes terbesar dan
paling rumit di Malaysia dan di samping mempunyai rekod pencapaian luar biasa
dalam kes perdagangan, beliau juga banyak terlibat dengan amalan undang-undang
melalui pembabitannya dalam urusan semakan semula kehakiman utama dan perkara
berkaitan perlembagaan,” kata kenyataan itu.
Firma itu juga berkata sebahagian besar daripada amalan
Thomas adalah dalam kerja pro bono atau percuma untuk golongan kurang berada
dan tertindas.
“Thomas mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perbicaraan
dan rayuan setelah tampil dalam semua Mahkamah Malaysia dan dalam rayuan kepada
Privy Council pada pertengahan 1980-an,” kata firma itu.
Dalam kenyataan kepada Bernama bertarikh 4 Jun, Datuk
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara 
Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V telah memberi perkenan baginda terhadap pelantikan Thomas sebagai
Peguam Negara baharu mengikut 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencalonkan Thomas,
66, bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Apandi Ali, 68, yang diberi cuti tanpa
rekod 30 hari bermula 15 Mei 2018.
Thomas, yang berasal dari Kuala Lumpur, memperoleh kelulusan
barrister-at-law dari Middle Temple, London dan terlibat dengan lebih 150 kes
yang dilaporkan serta kes tidak dilaporkan yang tidak terkira jumlahnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau sering disebut sebagai antara peguam litigasi
terkemuka Malaysia oleh penerbitan bebas antarabangsa seperti The Asia Pacific
Legal 500, Which Lawyer, Who’s Who Legal (The International Who’s Who of Business
Lawyers), Commercial Litigation Lawyers of Asia dan Chambers Asia.
Dalam bidang korporat, beliau muncul dalam kes berkaitan
syarikat, pembubaran, penerimaan dan insolvensi.
Dalam bidang perdagangan, beliau bertindak dalam kes
berkaitan perbankan, sewa beli, kontrak, harta intelek, penjualan barangan,
wasiat, amanah dan undang-undang tanah.
Thomas juga terlibat dalam litigasi rumit melibatkan bon dan
instrumen kewangan canggih lain.
Dalam undang-undang awam, Thomas memiliki kepakaran dalam
kes berkaitan pelembagaan dan pentadbiran.
Beliau juga amat aktif menawarkan khidmat dalam pertikaian
interpretasi berkanun berkaitan petroleum, pengurusan aset, undang-undang
sekuriti dan kerajaan tempatan.
Beliau juga mencurahkan khidmat dalam ligitasi berprofil
tinggi terkenal melibatkan dua kerajaan negeri berkaitan tuntutan minyak dan
gas luar pesisir.
Di samping itu, beliau pernah bertindak bagi dua kerajaan
negeri dalam pertikaian perlembagaan dan semakan kehakiman.
Beliau juga pernah mewakili pihak berkuasa kawal selia
sebagai peguam utama dalam perkara litigasi sivil mereka yang rumit di mahkamah
tertinggi. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel