Connect with us

Berita Lain

Kemelut 1MDB berlaku kerana tamak

Datuk Seri Dr Wan Azizah ditemui pada Sidang Kemuncak Tanggungjawab Korporat dan Kemapanan Asean di sini hari ini. – Foto Bernama



PETALING JAYA – Kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlaku kerana kegagalan pucuk pimpinannya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata, walaupun terdapat peraturan, mekanisme tadbir urus dan sistem pelaporan, namun ia gagal sama seperti krisis lain yang berlaku di seluruh dunia berikutan individu di belakangnya tidak memiliki hati yang nurani malah timbul ketamakan.


Beliau menambah individu yang jahat boleh menjadi kreatif dan akan berusaha melaksanakan mekanisme ini.


“Kita mengharapkan pemimpin berbuat baik dan membantu kita untuk mencapai lebih kejayaan. Namun, kita sering melihat keadaan yang sebaliknya berlaku apabila pemimpin telah gagalkan kita.


“Meraka ini adalah pemimpin yang lebih memikirkan keuntungan daripada segala-galanya. Mereka membenarkan kepentingan peribadi mereka untuk mengatasi kepentingan bersama dan mereka menggunakan kekayaan untuk membeli pengaruh,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Tanggungjawab Korporat dan Kemapanan Asean di sini hari ini.


Sidang kemuncak sehari yang bertemakan ‘Membangunkan Masa Depan Lestari – Cabaran bagi Perbadanan dan Perniagaan’ dihadiri pemimpin perniagaan dan masyarakat sivil untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan bagaimana membina masyarakat yang lebih inklusif dan mampan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sementara itu, Dr Wan Azizah memberitahu, kesihatan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertambah baik tetapi beliau akan terus menjalani pemeriksaan di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menjalani ujian dan penilaian kesihatan.


“Sejak keluar dari penjara dan hospital, dia tidak pernah berehat. Saya fikir dia perlu berehat,” katanya.


Anwar, Ketua Umum PKR, dimasukkan ke hospital pada Sabtu lepas berikutan mengalami kesakitan   akibat sakit bahu kanan dan bahagian belakang. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel