Connect with us

Berita Lain

Kenapa ayah tinggalkan Rizky?

RIZKY, 5, ditinggalkan seorang lelaki dipercayai bapa kandungnya ketika menerima rawatan di Hospital Serdang akibat kemalangan, Febuari lalu. FOTO NSTP



BAPA tergamak meninggalkan anak kandungnya yang terbabit kemalangan sebelum menghilangkan diri sebaik menghantar kanak-kanak lelaki berkenaan di Hospital Serdang untuk rawatan, Februari lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketika dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Serdang pada 21 Februari lalu, kanak-kanak dikenali sebagai Rizky berusia lima tahun itu parah di kepala dipercayai terbabit dalam kemalangan jalan raya.


Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Subang Jaya, Mohd Hafifi Mohd Ariff berkata, pihak hospital berkenaan memaklumkan kanak-kanak terbabit dihantar seorang lelaki dipercayai bapa kandungnya, Mohd Faizal Adenan.


“Bagaimanapun, kanak-kanak itu yang memerlukan rawatan segera didaftarkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan maklumat lengkap termasuk individu menghantarnya ke hospital berkenaan.


“Malah, lelaki itu menghilangkan diri ketika kanak-kanak berkenaan dalam rawatan dan gagal dikesan hingga kini. Satu laporan polis dibuat pihak Hospital Serdang berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Mohd Hafifi berkata, Rizky kemudian dihantar ke Wad Neuro Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pembedahan plastik berikutan kecederaan pada kepalanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Rizky turut dihantar melakukan pemeriksaan gigi dan tulang di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL bagi menentukan anggaran usia kanak-kanak lelaki itu untuk memudahkan urusan pendaftaran sijil kelahirannya nanti.


“Pada 12 April lalu, Rizky dibenarkan keluar wad dan diserahkan kepada JKM Subang Jaya sebelum ditempatkan di Rumah Kebajikan Kanak-kanak BRDB Rotary sehingga penempatan tetap kanak-kanak itu ditetapkan.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung ahli keluarga atau waris Rizky diminta menghubungi saya di talian 03 56343095 untuk tindakan lanjut,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel