Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Tamat Khidmat 3 Syarikat Pengambilan Pekerja PATI


Perkhidmatan ketiga-tiga syarikat vendor yang mendapat
kontrak Jabatan Imigresen untuk mengambil semula pekerja pendatang asing tanpa
izin (PATI) akan ditamatkan pada akhir bulan ini.
Tiga syarikat itu ialah MyEG Services Sdn Bhd, Iman
Resources Sdn Bhd dan Bukti Megah Sdn Bhd, jelas Ketua Pengarah Imigresen,
Datuk Seri Mustafar Ali.
“Sebagaimana yang disebutkan sebelumnya oleh Menteri
Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanaan pengambilan semula pekerja
itu dijadualkan berakhir pada 30 Jun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Program ini sedang dijalankan oleh tiga vendor – MyEG,
Bukti Megah dan Iman Resources,” kata Mustafar yang sebelum ini
bersama-sama Muhyiddin memerhatikan operasi imigresen terhadap pendatang tanpa
izin di Jalan Petaling di Kuala Lumpur.

“Dengan keputusan kerajaan seperti yang disebut oleh
Menteri Dalam Negeri, semua program ini akan ditamatkan pada akhir bulan
Jun,” kata Mustafar.
Menurut laporan Malaysiakini, sebelum ini pengkritik mempersoalkan keputusan
pentadbiran Barisan Nasional memberikan tiga syarikat itu dengan kontrak
monopoli untuk memproses permohonan semula kepada pekerja PATI.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Antara kebimbangan yang dibangkitkan menyentuh individu yang
kononnya dikaitkan dengan Umno telah mendapat manfaat daripada pelantikan
syarikat-syarikat berkenaan untuk menjalankan proses yang boleh dilakukan
secara langsung oleh Jabatan Imigresen.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel