Connect with us

Berita Lain

Kes pembunuhan ibarat plot filem James Bond



Shah Alam: Pihak pendakwaan berhujah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam bahawa pembunuhan ke atas lelaki warga Korea Utara Kim Chol menyamai plot filem aksi ejen risikan popular, James Bond kerana membabitkan pembunuh wanita terlatih.


Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menjelaskan, ini disebabkan empat lelaki warga Korea Utara yang masih bebas perlu melatih tertuduh pertama warga Indonesia, Siti Aisyah, 26, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Keempat-empatnya perlu melatih kedua-dua tertuduh dalam melaksanakan rancangan pembunuhan itu.


“Pembunuhan itu seolah-olah seperti dalam plot filem James Bond,” katanya dalam hujahan kes bunuh Kim Chol di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin.


Berdasarkan keterangan mahkamah sebelum ini, empat lelaki itu adalah Mr Y (Ri Ji Hyon), Hanamori (Ri Jae Nam), Mr Chang (Hong Song Hac) dan James (O Jong Gil).


Semuanya dilaporkan melarikan diri sejurus pembunuhan Kim Chol yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam dengan racun agen saraf VX di balai berlepas Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari 2017.


Menurut Wan Shaharuddin, pembunuhan Kim Chol dilakukan dengan teliti menggunakan senjata kimia berbahaya dan bukannya lakonan prank.


“Pihak pendakwaan menolak hujahan barisan pembelaan bahawa kedua-dua tertuduh ditawarkan untuk mengambil bahagian dalam rancangan prank dan ditipu dengan pembunuhan tidak disengajakan sekumpulan lelaki Korea Utara.


“Elemen agresif juga wujud dan menafikan kewujudan lakonan prank seperti didakwa pihak pembelaan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam prosiding sama, mahkamah menetapkan 16 Ogos depan bagi menentukan nasib kedua-dua tertuduh wanita sama ada mereka dibebaskan atau dipanggil membela diri.


Pada 1 Mac 2017 di Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini, Siti Aisyah dan Doan yang didakwa bersama empat lagi masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2, jam 9 pagi, pada 13 Februari 2017.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel