Connect with us

Berita Lain

Kes Teoh dibuka semula



KABINET hari ini bersetuju membuka semula siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata keputusan itu dipersetujui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Jemaah Menteri hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Lim yang juga Menteri Kewangan berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Peguam Negara yang mengendalikan terma perundangan dan ia akan diumumkan kemudian.


“Pada hari ini Tun (Dr Mahathir) dengan menteri sudah bersetuju dalam mesyuarat Kabinet untuk membuka siasatan semula berkaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.


“Kita meminta siasatan semula diadakan supaya kita dapat memberikan keadilan kepada keluarga Teoh Beng Hock.


“Sudah tentu keadilan menjadi tumpuan kerana itu yang kita minta selama ini dan sudahpun dipersetujui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, di Kuala Lumpur, hari ini.


Teoh ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14, bangunan sama.


Mendiang adalah Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ean Yong Hian Wah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan ketika itu.


Pada 2014, Mahkamah Rayuan menolak keputusan terbuka yang dibuat koroner berhubung kematian Teoh sebaliknya memutuskan mangsa mati selepas jatuh dari bangunan yang disebabkan tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali, termasuk pegawai SPRM.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Susulan itu, SPRM bersetuju membayar saman RM600,000 kepada keluarga mendiang.


Mahkamah juga mengarahkan polis menyiasat kematian berkenaan.


Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara memutuskan bahawa tiada unsur jenayah dalam kematian Teoh.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel