Connect with us

Berita Lain

Khairuddin Cabar Sumpah Laknat Di Masjid, Zahid Enggan Layan


Calon Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan
menyahut cabaran bekas Naib  Ketua Umno
Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan supaya beliau melafazkan
sumpah laknat di masjid.
Ahmad Zahid berkata, tiada keperluan untuk beliau melakukan
tindakan yang boleh merendahkan tahap dan imej dirinya.
“Saya tidak perlu untuk merendahkan imej dan tahap saya
serendah beliau.
“Apabila saya membuat sumpah itu… Wabilillahi…
Watallahi… ia adalah muktamad sebagai orang Islam dari segi sumpah
laknat,” katanya pada sidang media, petang Sabtu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Khairuddin pada Jumaat mencabar bekas timbalan perdana
menteri itu supaya melafazkan sumpah laknat di masjid berhubung penafiannya
yang meminta bekas pemimpin Umno itu supaya mengaturkan pertemuan dengan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apa lagi yang Zahid Hamidi nak menafikan? Pada
realitinya juga, Zahid Hamidi adalah ‘sampah’ yang tidak harus dilayan sama
sekali kerana beliau terkenal dengan sikap putar belit yang amat kronik.
“Tolong bagi tahu penyangak Zahid Hamidi bahawa saya
bersedia untuk menjunjung kitab suci Al-Quran bersumpah laknat di mana-mana
masjid sekalipun!!,” kata Khairuddin menerusi kenyataan di Facebooknya
petang Jumaat.
Terdahulu, Ahmad Zahid mendakwa Khairuddin sebagai penipu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Bekas menteri dalam negeri itu berkata demikian bagi
mengulas dakwaan Khairuddin bahawa beliau merayu kepadanya untuk berjumpa
dengan Dr Mahathir.
“Wabilillahi… watallahi. Saya tidak pernah merangkak
dan bukan saya yang meminta untuk berjumpa Dr Mahathir.
“Saya berkata benar kepada ahli Umno.
“Datuk Khairuddin yang menuduh saya penipu itulah yang
sebenarnya menghubungi dan mengaturkan perjumpaan dengan Dr Mahathir,”
katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel