Connect with us

Berita Lain

Khaled: Saya Pernah Diserang ‘Budak-Budak’ Najib

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin(kiri)

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin hari ini mendedahkan beliau pernah diserang dan dijadikan sasaran
‘orang-orang’ dan ‘budak-budak’ Datuk Seri Najib Tun Razak ketika cuba menegur
bekas presiden parti itu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohamed Khaled yang merupakan calon Naib Presiden Umno
berkata ‘orang-orang’ itu termasuklah yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.
“Saya masih ingat sewaktu kisah 1MDB mula-mula timbul. Bila
presiden datang ke Pasir Gudang, saya dengan jelas mengingatkan presiden bahawa
Umno ini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Setelah itu, saya diserang dan dijadikan sasaran oleh
orang-orang dan budak-budak presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir
Gudang dan akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur
presiden. Mendukung saja beliau,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan
Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Johor Bahru.
Bagaimanapun, sikap itu (terlalu mengutamakan Presiden dan
bukannya kepentingan parti) kemudian akhirnya memakan UMNO sendiri apabila
‘terjerumus’ (kalah) teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas kerana
orang Melayu sudah muak dan marah dengan pendekatan diambil.
“Tambahan pula, presiden menggunakan segala macam cara untuk
menagih kesetiaan ahli. Wala’ lah. Bai’ah lah. Dipergunakan segala macam konsep
Islam untuk memelihara kepentingan peribadinya.
“Jadi, ini adalah satu lagi kesilapan. Kesilapan yang tidak
seharusnya berulang. Kita mesti berani menegur presiden dan mana-mana pemimpin
kita. Tegur dengan kebenaran. Hidup dengan kebenaran. Dan berjuang dengan
kebenaran,” katanya.
Bekas Menteri Besar Johor itu juga berkata pendekatan
pihaknya dalam memilih untuk menghina negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad turut
menjadi antara faktor tumbangnya Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya
berkenaan.
Katanya, mereka mengambil jalan mudah dengan menyerang,
mencaci, mengungkit dan mempersendakan keturunan Tun Dr Mahathir tetapi lupa
akan hakikat bahawa Tun Dr Mahathir pernah berbakti pada bangsa.
“Kerana sikap keras dan sombong kitalah, rakyat menjadi
semakin marah kepada kita.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kerana sikap keras dan sombong kita jugalah, akhirnya Tun Dr
Mahathir mendapat ruang dan peluang untuk kembali kepada rakyat dan diberikan
sanjungan serta kepercayaan untuk mengemudi semula Malaysia.
Kita akui kita sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk
berhadapan dengan beliau secara matang dan strategik,” katanya.
Beliau berkata Umno juga gagal berpegang kepada nilai untuk
berbakti kepada bangsa dan sering mengungkit bahawa orang Melayu harus
berterima kasih kepada UMNO atas segala kebaikan dilakukan.
“Kita jadikan Umno jalan untuk mencari pengaruh, nama
dan kekayaan, bukan menjadikan Umno ini gerakan amal dan bakti untuk bangsa
Melayu,” katanya.
Mohamed Khaled berkata sehubungan itu, semua anggota perlu
bertanggungjawab dalam membangunkan semula Umno walaupun bakal memakan masa
yang lama untuk dipulihkan.
“Namun, inilah takdir kita. Kita ditakdirkan untuk
menempuh dan memikul tugas ini. Kita ditakdirkan untuk memulihkan Umno. Mungkin
sebagai kifarah atas kesalahan kita kerana cuai dalam amanah pada bangsa.
“Lalu sekarang, kita harus memilih. Mahu meneruskan Umno
ini. Atau membiarkan ia luput dari persada politik Malaysia. Sesiapa yang
memilih untuk meninggalkan Umno, kita menghormati keputusan itu,” tegasnya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel