Connect with us

Berita Lain

Khidmat 16 Ketua Jabatan Ditamatkan

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari – Foto: Berita Harian



MELAKA TENGAH – Kerajaan negeri memutuskan tidak melanjutkan
perkhidmatan 16 ketua jabatan yang tamat kontrak serta tempoh peminjaman mereka
semalam.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, Ketua jabatan terbabit
termasuklah Pengurus Besar, Perbadanan Ketua Menteri, Datuk Ab Rahman Ismail
dan Pengurus Besar, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Datuk Hasnoor Sidang
Husin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Ketua-ketua jabatan lain ialah Pengurus Besar Tabung
Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem), Mustafa Musa; Datuk Bandar Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Husin; Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Jasin (MPJ), Shadan Othman; Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk
Zaini Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka,
Nazary Ahmad.

“Selain itu,  Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan
Bioteknologi Melaka, Badrul Hisham Badruddin; Ketua Pegawai Eksekutif Putra
Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd, Mohd Salleh Jusman; Ketua Pegawai
Eksekutif Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, Datuk Isnin Aman; Pengurus Besar
Melaka Taming Sari, Ali Kasmin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini,
hari ini.

Menurutnya, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Zakat Melaka,
Datuk Ibrahim Fadzil dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings Sdn Bhd,
Zainal Abidin Ismail; Pengurus Besar Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam
(DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul; Ketua Pegawai Operasi Melaka Hari Ini Sdn Bhd,
Ishak Dalib dan Pengurus Maim Bentara Security Sdn Bhd, Mohd Sham Dali turut
ditamatkan kontrak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Perkembangan ini susulan kenyataan Adly kelmarin bahawa
lapan jabatan serta unit di bawah Jabatan Ketua Menteri serta jabatan-jabatan
lain akan dimansuhkan.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel