Connect with us

Berita Lain

KJ Dahului Undian Dalam Talian


KUALA LUMPUR : Sehingga jam 1.30 tengah hari tadi, undian
dalam talian BHOnline menunjukkan calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin mencatat
undi tertinggi iaitu 71 peratus diikuti Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 24
peratus dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lima peratus.
Bekas Ketua Pemuda yang juga Ahli Parlimen Rembau itu
bersaing dengan Tengku Razaleigh, juga Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih
dikenali sebagai Ku Li dan Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO yang
menjalankan tugas-tugas presiden.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan UMNO peringkat Bahagian
serta Majlis Tertinggi (MT) yang bermula jam 9 pagi tadi itu berlangsung
serentak di 191 bahagian dengan agenda utama memilih barisan kepimpinan
peringkat MT bagi sesi 2018-2021.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jawatan timbalan presiden, menyaksikan persaingan antara
Ahli MT, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar
Musa.
Tujuh calon lagi akan bertanding merebut tiga jawatan naib
presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamad Khaled
Nordin, Sheikh Razali Sheikh Hamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri
Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ahmad Said.
Seramai 106 calon pula akan bertanding merebut 25 jawatan
ahli MT.
Perwakilan pada mesyuarat hari ini juga akan melakukan
pengundian bagi memilih barisan kepimpinan peringkat Bahagian.
Keputusan pemilihan jawatan tertinggi peringkat pusat
dijangka diperoleh dan diumumkan pada sebelah malam oleh Ibu Pejabat UMNO,
manakala keputusan peringkat bahagian akan diumumkan Pengerusi Tetap Bahagian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, beberapa keputusan peringkat bahagian
membabitkan jawatan Ketua Bahagian sudah diumumkan kerana tiada pertandingan
antaranya termasuk bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, yang menang
tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan.
Sabtu lalu, jawatan Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO
pada pemilihan UMNO 2018 masing-masing dimenangi Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki,
Datuk Dr Noraini Ahmad serta Datuk Zahida Zarik Khan, dalam pemilihan bagi
sayap berkenaan.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel