Connect with us

Berita Lain

KJ Mengaku 1MDB Punca Umno Tumbang

Foto: NST

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
mengakui parti keramat Melayu itu tumbang kerana kegagalan menteri terdahulu
menegur Presidennya yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
tentang skandal 1MDB.
Khairy berkata, barisan kepimpinan tertinggi gagal menuntut
penjelasan berhubung skandal  kewangan
tersebut hingga mengakibatkan BN berdepan kekalahan teruk pada 9 Mei lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Kami terlepas satu peluang, kami semua untuk menyakinkan
mengenai hakikat sebenar tentang situasi tersebut,” katanya kepada South China
Morning Post.


Menurutnya, parti sepatutnya sudah bertindak terhadap Najib
apabila beliau memecat menteri yang secara terbuka menentang bekas menteri
kewangan itu berhubung skandal 1MDB pada 2015.
Pada 15 Mei lalu, Khairy dalam satu wawancara mengakui kesal
kerana parti mengabaikan suara akar umbi yang mula dikesan menolak mereka
selepas dua pemimpin kanan parti disingkirkan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib kini berhadapan siasatan dakwaan terlibat dalam
penyelewengan membabitkan syarikat milik kerajaan itu.
Beliau bagaimanapun menafikan sebarang dakwaan salah laku.


– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel