Connect with us

Berita Lain

KJ sedia debat



DEBAT dalam kalangan calon yang merebut jawatan Presiden UMNO berupaya menguatkan budaya demokrasi parti dan menjadi pentas meraih keyakinan ahli.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, yang menyahut cabaran untuk berdebat itu berkata, penyediaan ‘gelanggang’ sedemikian perlu dibuat supaya harmoni dengan semangat pemilihan dalam keluarga.


Katanya, peluang itu boleh dimanfaatkan untuk menterjemah idea, pemikiran dan hala tuju yang ingin diterajui setiap calon, sekali gus menjadi pengukur kepada pengundi dalam menentukan pemimpin paling layak menyandang jawatan Presiden UMNO.


“Boleh, bila-bila masa, cuma siapa yang akan anjurkannya dan moderator debat itu harus ditentukan kerana ini pemilihan dalam keluarga.


“Ada yang mengatakan jangan anjurkan debat, tetapi saya rasa kenapa tidak, kerana ini akan kuatkan budaya demokrasi dalam UMNO yang ketika ini dahagakan perubahan.


“Menerusi debat, ia akan menjadi sandaran kepada ahli untuk memilih calon terbaik menerajui UMNO pada masa depan,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn, dekat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, sebentar tadi.


Khairy berkata, mesej utama yang perlu dipegang setiap ahli ketika ini adalah supaya UMNO tidak lagi terpisah daripada rakyat sehingga menyumbang kepada faktor kekalahan parti dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.


Mengulas kemungkinan diberi jawatan lain jika gagal merebut kerusi Presiden, Khairy berkata, tawaran sedemikian tidak seharusnya dibuat, selaras semangat yang akan diselami setiap ahli menjelang proses pemilihan pada 30 Jun ini.


“Kalau tidak berjaya, saya akan terus kekal bersama UMNO menjadi ahli yang setia, biarlah tiada apa-apa tawaran kerana itu sepatutnya jadi sandaran semangat pemilihan.


“Saya akan masih jadi Ahli Parlimen dan menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau,” katanya.


Mengimbau keputusan bertanding jawatan Presiden berbanding Naib Presiden, Khairy berkata, hasrat itu disuarakan terlebih dulu kepada mentor yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, tindakan itu dilakukan atas dasar hormat dan bagi memohon nasihat sebelum mengemukakan hasrat mengenai percaturan yang disifatkan sudah pasti mengundang teguran daripada pelbagai pihak.


“Saya ada kata ‘abang tandinglah Presiden’ ketika bertemu dengan Tok Mat tetapi beliau nak kekalkan hasrat sebagai Timbalan Presiden.


“Oleh itu, saya pun tanya, boleh tak kiranya nak bertanding Presiden kerana beliau bukan sekadar ketua tapi mentor yang sering memberikan nasihat.


“Beliau akhirnya bagi keizinan pada saya,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel