Connect with us

Berita Lain

Konon pegawai Bukit Aman

GAMBAR fail menunjukkan ahli sindiket Macau Scam yang dicekup pihak berkuasa.



Kuala Lumpur: Gemar menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.


Itu antara ‘watak’ popular dipilih sindiket penipuan Macau Scam untuk memperdaya ratusan mangsa hingga kerugian lebih RM100 juta sejak Januari tahun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menyedari perkara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman Facebook (Fb) rasminya Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) meminta orang ramai lebih berhati-hati terhadap sebarang penyamaran sindiket yang menggunakan nama agensi penguatkuasaan itu.


Menurut kenyataan itu, sindiket menggunakan taktik lebih licik apabila menggunakan nombor telefon sama dengan nombor mana-mana ibu pejabat polis.


“Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kegiatan Macau Scam yang menelefon dengan menyamar sebagai pegawai polis bagi menipu mangsa.


“Sindiket terbabit dikesan menggunakan nombor telefon yang serupa dengan nombor Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk memperdaya orang ramai,” katanya.


Menurutnya, sindiket akan membuat panggilan menggunakan teknologi voice over internet protocol (VOIP) dan mengatakan mangsa terbabit dalam sindiket terancang dan kegiatan pengubahan wang haram.


“Mangsa yang panik dan takut akan mengikut segala arahan suspek yang disangka pegawai polis termasuk memindahkan wang ke dalam akaun ditetapkan suspek.


“Sehubungan itu, orang ramai juga diingatkan supaya tidak memberikan butir-butir peribadi akaun mereka termasuk kata laluan dan nombor kad bank kepada pihak lain atas apa-apa alasan,” katanya.


Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menasihatkan orang ramai berhati-hati dan tidak terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon meragukan mendakwa daripada suruhanjaya itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



SPRM menerusi satu kenyataan berkata, panggilan telefon berkenaan dikhuatiri panggilan palsu yang meminta beberapa maklumat peribadi termasuk butiran sulit.


“Ini susulan banyak aduan diterima SPRM daripada mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu berkenaan kebelakangan ini.


“Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini, dinasihatkan terlebih dulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel