Connect with us

Berita Lain

Ku Li Tawar Diri Bertanding Jawatan Presiden Umno


KUALA LUMPUR  — Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan presiden parti pada pemilihan UMNO 30 Jun ini.
Veteran UMNO berusia 81 tahun itu yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata keputusan tersebut diambil selepas meneliti kedudukan dan situasi UMNO terutama berkaitan soal kepimpinannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya membuat keputusan ini demi kepentingan UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik nasional yang mendukung hasrat kebangsaan untuk menjunjung perpaduan kaum dan keharmonian ras sebagai gelegar dan teras negara.
“Sebagai sebuah parti politik kaya dengan pengalaman, saya yakin akan dapat memimpin UMNO untuk meneruskan tradisi tersebut,” katanya pada sidang media di kediamannya, di sini hari ini.
Di samping itu katanya, beliau akan memastikan UMNO dapat memainkan peranan sebagai pembangkang yang setia dan bertanggungjawab terhadap negara dalam mengorak langkah ke persada dunia sebagai sebuah negara maju.
Tengku Razaleigh berkata UMNO akan terus menjaga dan melindungi budaya serta warisan Melayu di samping menghormati kepelbagaian kaum di negara ini.
Dalam pada itu, beliau berkata di bawah kepimpinan beliau, perubahan akan dibuat bagi menyesuaikan parti dalam realiti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-14.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia kini telah mencapai tahap kematangan politik yang membanggakan. Kematangan politik ini memerlukan pemimpin matang politik.
“Begitu juga halnya dengan UMNO. Sebagai pengamal politik aktif sejak menjadi ahli UMNO pada 1962, tidaklah keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa saya amat faham akan selok-belok politik kepartian dan politik di peringkat kebangsaan. Kepada saya ini merupakan satu-satunya ujian sekiranya seseorang itu ingin menawar dirinya bagi tugas kepimpinan,” katanya.
Ditanya mengenai keyakinannya memenangi jawatan nombor satu parti, beliau berkata terpulang kepada anggota parti untuk membuat pemilihan, selain menerima banyak sokongan di peringkat bahagian.
Tengku Razaleigh, yang dijangka menghantar borang pencalonan sebelum tarikh tutup esok, akan menggunakan slogan ‘Ikhlaskan Jiwa Martabatkan Maruah’ dalam perebutan jawatan tersebut.
Pertandingan merebut jawatan presiden bukan sesuatu yang baharu untuk tokoh politik veteran itu selepas tewas dengan 43 undi kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi merebut jawatan presiden pada pemilihan parti 1987.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 2004, beliau menawarkan diri bertanding menentang perdana menteri dan presiden UMNO ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi gagal mendapat peratusan pencalonan yang diperlukan.
Sementara itu Tengku Razaleigh menegaskan bahawa tiada calon khusus dipilih untuk membarisi kepimpinan di bawahnya kerana semua calon yang bertanding mewakili parti secara keseluruhannya.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada akan menyingkirkan bekas presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dari UMNO sekiranya menang, Tengku Razaleigh berkata: “Mengapa saya perlu melakukannya? Kecuali terdapat sesuatu perkara yang sangat salah”.
Selain itu, ketika ditanya adakah keputusannya untuk bertanding dibincangkan dengan Baib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pada pertemuan mereka baru-baru ini, beliau berkata pada pertemuan itu, Zahid sekadar menerangkan kedudukan semasa parti.
“Zahid jumpa saya selepas dia ambil alih memangku jawatan presiden sesudah Najib letak jawatan. (Zahid) beritahu saya kedudukan yang baharu. Saya kata baguslah. Jalankan mengikut objektif dan tujuan,” katanya.
Ditanya adakah beliau akan menjadi ketua pembangkang di Parlimen sekiranya menang dalam pemilihan parti, Tengku Razaleigh sekadar berkata ia terpulang kepada keputusan Parlimen.
Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel