Connect with us

Berita Lain

Lagi Video Jamal Yunos

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos
yang menghilangkan diri sejak 25 Mei lalu, hari ini tampil sekali lagi dalam
satu video dengan imej berbeza.
Video berdurasi dua minit 52 saat itu, memaparkan Jamal
berlatar belakangkan dinding, memberi amanat itu di meja sambil duduk di kerusi
dan mengenakan baju T warna biru serta kopiah putih di kepala.
Jamal dalam kenyataannya berkata, beliau mengucapkan tahniah
kepada kepimpinan tertinggi Umno Bahagian Sungai Besar dan kepimpinan Umno
cawangan empat peringkat termasuk kepimpinan terdahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jamal dalam amanatnya itu turut memberitahu, beliau ketika
ini berada dalam keadaan sihat sejahtera.
“Saya ingin memaklumkan apa yang berlaku ini sebenarnya
dicipta oleh mereka untuk mengaibkan dan membalas dendam terhadap saya sebelum
ini.
“Maklumlah, sebelum ini saya mengeluarkan
kenyataan-kenyataan pedas dan berbisa… tentunya, mereka sakit hati
mendengarnya, tetapi bagi saya itu adalah pendapat yang perlu saya suarakan
sebagai seorang pemimpin, walaupun pemimpin di peringkat bahagian,”
katanya.
Jamal yang turut menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda
Umno dan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata,
beliau yakin Umno akan terus bergerak maju ke hadapan.
“Mustahaknya ialah mesej yang ingin saya sampaikan hari
ini adalah penyatupaduan Umno Bahagian Sungai Besar kerana di dalam parti ini
wujud sistem demokrasi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kita mengalu-alukan sistem demokrasi, tetapi di dalam
kita memegang dan menyuburkan demokrasi di dalam Umno itu sendiri, janganlah
sampai kita berpecah belah,” katanya.
Katanya, beliau akan terus memberikan khidmat dan
mencurahkan bakti kepada Umno Bahagian itu.
“Permasalahan yang saya hadapi ini tidak lama dan yakin
dalam waktu yang terdekat ini, saya akan selesaikan kes-kes yang dicipta untuk
saya ini,” katanya.
Pada 25 Mei lalu, Jamal dilaporkan menghilangkan diri
selepas didakwa dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya
dikatakan disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan
proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini
mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah
Majistret Ampang, 1 Jun lalu.
Waran itu dikeluarkan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan
iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah. – Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel