Connect with us

Berita Lain

“Mara Milik Rakyat Marhaen, Bukan Orang Kaya” – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan
memastikan kemudahan tajaan pelajar di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dapat
memanfaatkan golongan yang berkelayakan.
Beliau yang merupakan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) memandang serius berhubung dakwaan terdapat pelajar daripada
golongan berpendapatan tinggi ditaja di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan
(PH), lapor mStar Online.
“Saya pandang isu ni secara serius. Kalau ada anak orang
kaya yang ditaja bawah kerajaan baharu ini, saya akan pastikan tindakan keras
diambil ke atas pihak tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mara milik rakyat marhaen, bukan orang kaya,” kata Syed
Saddiq menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya pada petang
Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas persoalan seorang
netizen yang mendakwa bahawa terdapat pelajar golongan kurang berkemampuan tidak
mendapat kemudahan Mara tetapi sebaliknya ia diberikan kepada pelajar golongan
berpendapatan tinggi.



“Apa pasal anak orang miskin tak dapat (tajaan) Mara, yang
dapat Mara anak orang kaya?,” soal pengguna Twitter @Reshz yang turut mendakwa
terdapat pelajar mendapat ‘pointer’ tinggi tidak diberikan tajaan agensi itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu, Syed Saddiq meminta butiran berhubung
dakwaan tersebut bagi membolehkan beliau mengambil tindakan sewajarnya.
Mara yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah ditubuhkan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan
menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan khususnya di luar bandar.
Antaranya adalah kemudahan pinjaman dan tajaan dengan
memberi keutamaan kepada pelajar cemerlang dari golongan berpendapatan rendah
dan sederhana.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel