Connect with us

Berita Lain

Masa untuk bersedih sudah berlalu – Najib

NAJIB mahu mempertahanakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan. FOTO Arkib NSTP



BEKAS Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak meminta ahli UMNO meneruskan perjuangan parti keramat itu.


Pada masa sama, beliau turut mengakui bertanggungjawab sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) atas kekalahan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kita kena bangkit dan masa untuk bersedih sudah berlalu. Kita mesti ambil iktibar, kuatkan iltizam dan perbaiki kelemahan serta kuatkan UMNO, agar kita dapat kembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.


“Oleh itu, ahli UMNO hendaklah kuatkan semangat, perkukuhkan ketahanan diri untuk terus menyuburkan dan memulihkan UMNO. Ini kerana UMNO banyak berjasa dan sinonim dengan pelbagai kejayaan negara kita.


“Insya-Allah, kita akan tabah menghadapi dugaan yang amat hebat daripada Allah SWT, semoga Allah SWT merahmati perjuangan kita,” katanya.


Najib turut berkongsi rutin kehidupannya dengan kini banyak meluangkan masa untuk beramal ibadat sepanjang Ramadan ini.


Katanya, beliau juga menerima kunjungan pemimpin dan ahli UMNO dari seluruh negara, penyokong dan sahabat, yang memberi sokongan dan meminta pandangan mengenai kedudukan semasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Boleh dikatakan tak putus-putus mereka yang datang ke rumah, terima kasih. Selain itu, saya juga dalam proses untuk membuka satu pejabat untuk menjalankan urusan peribadi serta memudahkan mereka yang ingin bertemu saya,” katanya.


Beliau juga memberi jaminan akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan terhadapnya yang disifatkan sebagai dendam politik.


“Setakat ini, saya dua kali memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Waktu sekarang ini adalah masa yang cukup bernilai untuk saya bersama keluarga, terutama anak-anak dan cucu kerana saya terlalu sibuk dengan urusan negara selama ini,” katanya.


Dalam aspek kebajikan, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau akan terus menyampaikan bantuan zakat kepada kumpulan asnaf, walaupun lebih bersederhana berbanding sebelum ini.


“Saya dan keluarga akan menyambut Hari Raya di Pekan,” katanya.


Dalam pada itu, Najib turut menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti, kali ini.


Najib, 65, memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan sejak 1982.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel