Connect with us

Berita Lain

MB: Lagi Pegawai Kanan GLC Perak Bakal Dipecat


IPOH, 26 Jun — Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu
membayangkan beberapa lagi pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di
Perak yang dilantik oleh pentadbiran terdahulu bakal dipecat kerana jawatan
disandang mereka tidak membawa keuntungan.
Beliau bagaimanapun mengakui perkara itu tidak boleh dibuat
sewenang-wenangnya memandangkan ada antara mereka masih terikat dengan kontrak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata
pihaknya juga mendapati kebanyakan GLC di negeri ini mempunyai kakitangan yang
begitu ramai termasuk peringkat bawahan yang perkhidmatannya dilihat tidak
begitu diperlukan.
“Saya sebutkan sebelum ini pekerja bawahan begitu ramai
serta tidak diperlukan namun keputusan terburu-buru tidak akan diambil kerana
faham bahawa jika kita memecat seorang pemandu contohnya bukan sahaja beliau
hilang punca pendapatan tetapi keluarganya juga.

“Kita (kerajaan negeri) akan fikir bagaimana untuk
meminimumkan perbelanjaan syarikat,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan
Perak menerima menerima sumbangan untuk Tabung Harapan Malaysia daripada UNISEM
Group sebanyak RM500,000 di pejabatnya di sini.
Beliau berkata gabungan itu akan menunaikan janji dalam
manifesto sebelum ini iaitu akan membentangkan audit semua GLC di Dewan
Undangan Negeri (DUN).
Pada Ahad lepas, Ahmad Faizal berkata pihaknya telah memecat
tujuh pegawai eksekutif sebuah GLC kerana berbelanja melebihi yang sepatutnya.
— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel