Connect with us

Berita Lain

Mekap sampai ‘eyeliner’ tercucuk mata!



NASIB malang menimpa seorang wanita di Thailand baru-baru ini.


Perkhidmatan kecemasan di Bangkok, Thailand, dipanggil untuk ke lokasi kemalangan kecil di daerah Ratchathewi.


Sebuah teksi telah melanggar belakang sebuah trak yang sedang bergerak perlahan, dengan penumpang di belakang mengalami kecederaan di mata kirinya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Penyelamat melaporkan bahawa wanita itu sedang bersolek menggunakan ‘eyeliner’ (pembayang mata) apabila kemalangan itu berlaku, jadi pensil yang digunakan tercucuk dalam kelopak matanya.


“Matanya tidak luka tetapi ada darah dapat dilihat, tak banyak, keluar dari hidungnya, kerana kedua-dua organ itu begitu dekat,” sukarelawan penyelamat Thanabodee Sabbodi memberitahu Amarin TV.


“Dia masih sedar apabila kami tiba dan boleh bercakap.”




Bagaimanapun, wanita itu mengalami kesakitan yang teruk dan penyelamat tidak mempunyai kepakaran perubatan untuk merawat luka tersebut, jadi dia terpaksa dibawa ke Hospital Rajavithi yang berdekatan.


Doktor di sana segera melakukan pembedahan dan berjaya mengeluarkan pensil tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam keadaan seperti ini, wanita itu boleh menganggap dirinya bertuah.


Walaupun separuh daripada bahagian pensil itu menusuk ke dalam matanya, ia hanya terkena sclera, bahagian putih mata, jadi ia tidak menyebabkan penglihatannya mengalami kerosakan kekal.


Coconuts Bangkok melaporkan bahawa, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu kini mampu membuka mata kirinya dan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.


-mstar online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel