Connect with us

Berita Lain

Mukhriz: ‘Calon Speaker Dikemukakan PAS Ditolak’


KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah
tidak boleh menerima cadangan calon Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
dikemukakan PAS kerana bukan dari kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN).

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata
ia adalah mustahil kerana sekiranya calon itu diterima, maka bilangan
pembangkang di dalam dewan akan menjadi 19, berbanding 18 di pihak kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tanya (kepada PAS) adakah nama yang dicalonkan itu
dari kalangan ADUN ataupun dari luar ADUN, PAS kata dari luar, jadi maksudnya
ia akan menambah menjadi 19 (pembangkang) jadi ini tidak boleh.

“Bayangkan sekiranya PH terima pencalonan speaker dari PAS
yang datangnya dari kalangan bukan ADUN, maka pihak pembangkang akan menambah
jumlah orang yang boleh mengundi dalam dewan daripada 18 kepada 19, jadi ia
lebih daripada kerajaan. Benda itu adalah satu perkara yang mustahil,” katanya
kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-14,
di Dewan Rakyat hari ini.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bulan lepas
menyaksikan jumlah kerusi DUN Kedah antara kerajaan dan pembangkang terikat
18-18 iaitu 18 daripada PH, 15 PAS dan tiga Barisan Nasional.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun, Mukhriz yakin kemelut pelantikan Speaker DUN
itu akan selesai dengan aman pada hari pertama persidangan DUN Kedah 4 Julai
ini.
Beliau berkata Pakatan Harapan telah mengemukakan calon
Speaker DUN daripada Parti Keadilan Rakyat dan calon timbalannya daripada Parti
Pribumi Bersatu Malaysia, kepada setiausaha dewan dua hari lepas. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel