Connect with us

Berita Lain

Mukhriz Rayu Rakyat Kedah Bayar Tunggakan Cukai Tanah

Kerajaan negeri merayu kepada rakyat Kedah untuk menjelaskan
bayaran tunggakan cukai tanah bagi membolehkan hasil pendapatan diperolehi untuk
menguruskan kewangan negeri dengan lebih teratur.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir
berkata apabila berlaku terlalu banyak tunggakan pembayaran ia akan menjejaskan
hasil pendapatan kerajaan negeri dan sekaligus tidak dapat digunakan untuk
keperluan rakyat.
“Apabila rakyat tidak menjelaskan bayaran, hasil
pendapatan kerajaan negeri akan terjejas dan akan menyebabkan perbelanjaan yang
sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan tidak dapat
dilaksanakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita tahu ada yang tidak bayar kerana tidak mampu
tetapi ada juga yang bila kita siasat dan kaji, mereka ini mampu tetapi tidak
mahu menjelaskan bayaran sedangkan di rumah kereta ada dua, tiga buah,”
katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Wisma Darul Aman di Alor
Setar hari ini.

Beliau berkata kewangan negeri sekarang tidak berada pada
tahap sempurna dengan pendapatan adalah terhad sedangkan kos perbelanjaan masih
meningkat, jadi rakyat dirayu untuk menunaikan tanggungjawab menjelaskan semua
tunggakan cukai yang ada.
“Kita harap rakyat dapat laksanakan tugas mereka untuk
membantu kerajaan Kedah kerana sekarang kerajaan negeri dituntut untuk membayar
hutang kepada kerajaan pusat. Bayangkan satu pihak kita tidak dapat bayaran,
sementara satu lagi pihak menuntut bayaran.
“Sebelum ini surat peringatan dan amaran telah
dikeluarkan tetapi kita bangkitkan perkara ini kerana ingin beri tempoh kepada
mereka untuk membuat bayaran dan sekiranya gagal kita akan lihat tindakan
selanjutnya,” katanya.



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri juga
bersetuju membangunkan sektor pelancongan di Kedah dengan mengenal pasti
kawasan Lembah Bujang di Merbok sebagai destinasi baharu yang hendak
dibangunkan secara meluas itu.
“Hasil perbincangan, kita setuju untuk menjadikan
Lembah Bujang sebagai salah satu sektor pelancongan di Kedah dan kita akan
kemukan cadangan ini kepada kerajaan pusat untuk menjadikan projek ini sebagai
projek nasional dan bukan hanya untuk negeri Kedah.
“Sebelum ini kita telah menganjurkan lawatan dikalangan
pakar-pakar dalam bidang pelancongan untuk mendapatkan idea yang bernas bagi
membangunkan kawasan tersebut yang mana dilihat mempunyai potensi besar untuk
memberikan hasil pendapatan pelancongan kepada kerajaan negeri dan pusat,”
katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz yakin Pakatan Harapan
(HARAPAN) dapat terus kekal menerajui kerajaan negeri walaupun isu pelantikan
speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum selesai.
Mukhriz yang diminta mengulas mengenai perjumpaan bersama
tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) semalam berkata
dia sememangnya mengadakan pertemuan untuk membincangkan pelbagai perkara
termasuk mengenai isu pelantikan speaker.
“Saya berjumpa dengan semua orang, PAS pun saya jumpa untuk
bincang macam-macam perkara. Bagi isu pelantikan speaker ini kita tunggu dan
lihat tetapi saya tengok saya tidak ‘cuak’ jadi adalah caranya dan ia positif,”
katanya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel