Connect with us

Berita Lain

‘Murah Bukan Sebab GST Sifar’


Lebih menarik pasar raya borong ST Rosyam Mart Sdn Bhd itu
dibuka pada hari pertama Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diletakkan pada
kadar sifar.
Dihubungi hari ini, bagi berkongsi mengenai pasar borong
diusahakan bersama Sri Ternak Group, Rosyam menjelaskan memang benar harga
barangan di jual di pasar raya itu agak murah berbanding pasar raya sedia ada
namun ia tiada kaitan dengan GST sifar, lapor Harian Metro
“Esok bukan pelancaran rasmi ST Rosyam Mart sebaliknya kami
menguji sistem baru digunakan untuk mengendalikan perniagaan baru itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Seperti pasar raya lain, ST Rosyam Mart merancang menjual
barangan basah pada harga murah. Ayam atau keperluan lain termasuk beras dijual
harga RM1 atau dibawah RM1.
“Apapun, perkara itu tidak akan berlaku esok tetapi promosi
dirancang hanya dilaksanakan sebaik saja pasar raya borong itu dibuka secara
rasmi,“ katanya.
Pelakon utama filem Lenjan dan Laila Isabella itu berkata:
”ST Rosyam Mart akan memulakan operasi 24 jam bermula jam 7 pagi esok.
“Saya bimbang sekiranya orang terlalu ramai datang pada percubaan
awal memulakan operasi.
“Takut juga tiba-tiba orang beratur panjang atau menunggu
lama disebabkan pihak kami belum mahir dengan sistem baru itu yang boleh
menyebabkannya menjadi isu dan viral,”€ katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Untuk memastikan operasi lancar, Rosyam meminta bantuan
pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) agar 200 kakitangan pasar raya dapat
melaksanakan tugas dengan baik.
“Saya perlu memulakan esok kerana tertangguh hampir setahun.
Pelancaran rasmi akan dibuat bulan Syawal,”€
katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel