Connect with us

Berita Lain

Nafi bayar sewa tapak bazar RM5,000

MOHD Azman (baju putih) memberi penjelasan mengenai dakwaan skandal salah guna kuasa dan penyelewengan tapak Bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Masjid India, hari ini. FOTO Aswadi Alias.



KUMPULAN peniaga Jalan Masjid India menafikan dikenakan bayaran RM5,000 bagi sewaan tapak bazar di Jalan Masjid India seperti didakwa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Sebaliknya, mereka hanya berniaga secara percuma sepanjang lima hari di tapak bazar berkenaan.


Ketua Peniaga Mohd Azman Abdul Rahman berkata, mereka dibantu Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bukit Bintang Mohd Noorhisyam Abd Karim; Persatuan Peniaga Melayu Pasar Harian Selayang dan Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun untuk mendapatkan lesen bazar berkenaan.


“Kebanyakan peniaga sudah bertahun-tahun berniaga di jalan berkenaan dan sebelum ini mereka memang berniaga secara haram.


“Namun selepas meminta bantuan, kami dibenarkan berniaga dan tapak perniagaan diberikan secara percuma kepada kami,” katanya pada sidang media di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.


Mohd Azman berkata, memang terdapat aktiviti penjualan tapak bazar di jalan berkenaan, tetapi ia tidak membabitkan 80 tapak berkenaan.


“Terdapat kekeliruan kerana kami memanggil Mohd Noorhisyam dengan gelaran “Sam’ dan ada peniaga beranggapan beliau yang menjual tapak berkenaan.


“Namun sebaliknya terdapat individu lain yang juga bernama ‘Sam’ dipercayai menjual tapak bazar di lokasi berbeza.


“Individu ini dipercayai daripada Persatuan Peniaga Bumiputera,” katanya.


Sementara itu Setiausaha Kerja Persatuan Peniaga Melayu Pasar Harian Selayang, Saiful Kamal berkata, pihaknya menaja kos keseluruhan termasuk pembelian khemah dan urusan lesen untuk peniaga berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Tidak timbul isu penjualan tapak kerana mereka berniaga secara percuma, malah kami turut menaja kos berjumlah RM6,200 kepada mereka untuk berniaga.


“Mungkin terdapat salah faham antara peniaga di lokasi lain dan peniaga yang menerima tapak berkenaan,” katanya.


Saiful berkata, pihaknya ingin menjelaskan tiada sebarang isu berhubung pembayaran yang dikenakan terhadap peniaga.


“Sehubungan itu, saya menjelaskan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan fitnah semata-mata,” katanya.


Media sebelum ini melaporkan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan bagi mendapatkan 80 tapak bazar di Jalan Masjid India pada Ramadan lalu.


Difahamkan, tapak bazar itu kemudian didakwa disewakan semula sehingga RM5,000 bagi satu lot dan dianggarkan penganjur mengaut keuntungan keseluruhan kira-kira RM400,000.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel