Connect with us

Berita Lain

Najib Didakwa Beri Kontrak Solar RM1.25b Tanpa Tender Terbuka

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa
mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari 2017 menganugerahkan kontrak
secara terus dengan melantik sebuah syarikat untuk projek hibrid solar di 369
buah sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Pendedahan ini ditemukan dalam dokumen yang dilihat oleh
Malaysiakini yang juga menunjukkan tender kontrak tidak mematuhi prosedur
operasi standard (SOP) dan proses perolehan Kementerian Pelajaran.
Sumber rapat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa
Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula meneliti projek hibrid solar RM1.25 bilion
di Sarawak yang dianugerahkan pada Januari 2017 oleh kementerian pendidikan
kepada syarikat yang dikaitkan dengan seorang ahli politik tempatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Syarikat itu terlibat dalam perniagaan sewa kereta dan
dimiliki oleh ketua timbalan bahagian yang dikaitkan dengan parti pemerintah di
Sarawak.
Malaysiakini difahamkan PMO menerima dokumen-dokumen yang
berkaitan dengan kes itu pada 1 Jun lalu. SPRM dan Kementerian Pendidikan
kemudiannya memulakan siasatan terhadap perkara itu juga.
Pada 8 Jun lalu, Dr Mahathir turut menyentuh projek hibrid
solar ini dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
“Ada sebuah syarikat yang sepatutnya membekalkan tenaga
elektrik ke sekolah dan peruntukan lebih daripada satu bilion diberikan kepada
syarikat ini. Syarikat ini tidak melakukan apa-apa tetapi mereka telah mengutip
wang dari kerajaan.
“Tidak ada apa-apa yang dilakukan di atas tanah, tiada
satu perkara yang dibuat, kami akan mengambil tindakan terhadap organisasi
seperti ini,” katanya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, jurucakap Menteri Pelajaran
mengesahkan pihaknya akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi mengenai isu
ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kementerian pendidikan telah melantik syarikat dari Sarawak
itu pada Januari 2017 untuk membekalkan diesel, memasang sistem hibrid solar
dan membekalkan janakuasa elektrik untuk 369 sekolah luar bandar.
Dalam dokumen bertarikh 5 Januari 2017, Najib menulis nota
mengarahkan bekas ketua setiausaha Kementerian Pelajaran untuk menyediakan
surat perjanjian dan pemberian kontrak secara langsung kepada syarikat itu.

Pada 19 Mac dan 22 April 2017, Najib mengarahkan bekas ketua
setiausaha Kementerian Pelajaran untuk meluluskan bayaran awal sebanyak RM130
juta atau 9.81 peratus daripada jumlah nilai projek bernilai RM1.25 bilion.
Kemudian pada 19 Julai 2017, bekas menteri pendidikan Datuk
Seri Mahdzir Khalid juga menulis kepada Najib untuk memohon pengecualian dari
prosedur perolehan projek itu.
Melalui setiausaha peribadinya, Najib mengarahkan setiausaha
bahagian perolehan Kementerian Kewangan untuk memberikan pengecualian daripada
prosedur perolehan standard kepada syarikat itu.
Kemudian pada 30 Mac tahun ini, Jabatan Perolehan dan
Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan menghantar sepucuk surat kepada syarikat
untuk menuntut penjelasan sebab-sebab ketiadaan kerja-kerja yang telah dibuat
pada tahun lepas semenjak kontrak itu dianugerahkan pada tahun 2017.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel