Connect with us

Berita Lain

Najib: ‘Jangan Lupa Siapa Saya’

KUALA LUMPUR – “Jangan lupa saya ialah Presiden Umno dan BN
dengan 13 parti komponen, kata Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas mengenai
wang tunai RM116 juta yang dirampas pihak berkuasa ketika serbuan di
kediamannya.
Sebelum ini, bekas perdana menteri keenam itu memberitahu
wang tersebut merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum.

Sehubungan itu, ketika ditanya dalam satu wawancara oleh
Malaysiakini, tentang penemuan wang tersebut selepas PRU14 pada 9 Mei, Najib
menjawab:
“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos kempen pilihan raya
sebenarnya dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi
sumbangan kepada anda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mustahil untuk ada kosong baki bersih. Walau apa pun, bila
anda bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum,
semasa dan selepas pilihan raya.
Bahkan Najib turut memetik nama Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad pernah menyerahkan wang RM1.4 bilion kepada penggantinya, Tun
Abdullah Ahmad Badawi.
“Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli
seperti Umno merupakan urusan yang mahal. Dan, untuk rekod, ketika Mahathir
meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada Tun Abdullah dalam
bentuk aset dan wang tunai. Itu tercatat.
“Jadi, dalam konteks itu, ia wang yang dijumpai itu adalah
sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan,” katanya.
Ketika diajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan
wang RM1.4 bilion berkenaan dalam bentuk tunai, Najib kemudian memberitahu:


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda
tidak melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan
segera oleh parti,” jelas Najib.
Bagaimanapun, Najib itu memberitahu, terdapat duit miliknya
dalam wang berjumlah RM116 juta yang ditemui pihak polis dalam 26 mata wang
yang berbeza itu.
Ada beberapa wang milik saya sendiri kerana saya telah ke
luar negara lebih 30 tahun. Tetapi ada juga sumbangan yang diberi dalam mata
wang asing.
“Ada sesetengah orang lebih suka menyumbang dalam mata wang
asing,” ujar ketua Umno bahagian Pekan itu.
Bercakap mengenai wang yang disimpan di Pavilion Residence,
Najib menjelaskan, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa berikutan keputusan
PRU14.
“Semuanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Kami terpaksa
mengosongkan PMO (Pejabat Perdana Menteri) dan Seri Perdana dalam masa dua jam.
“Saya nak beritahu, dalam PMO, terdapat bilik kebal yang
dibina oleh pemimpin saya yang terdahulu dan begitu juga di Seri Perdana, ada
bilik kebal yang direka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel