Connect with us

Berita Lain

Najib Nafi Mahu Larikan Diri



Tuduhan mengatakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor akan melarikan diri menggunakan laluan Langkawi adalah tidak benar.

Sumber rapat dengan bekas perdana menteri itu berkata, tuduhan seperti itu jelas tidak masuk akal kerana Najib dan keluarganya bercuti di Pulau Langkawi adalah perkara biasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Sebelum ini, beliau dan keluarganya bercuti di luar negara. Tetapi keadaan sudah berubah, jadi mereka bercuti dalam negara sahaja.

“Ini masanya untuk Najib menghabiskan masa bersama keluarga dan menggunakan masa yang ada untuk berjumpa dengan kawan-kawan lamanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Dakwaan mengatakan Najib akan melarikan diri menjadi viral sejak semalam dengan mengatakan rombongan keluarga Najib membawa sejumlah besar beg pakaian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement


Sumber itu berkata lagi, percutian beliau diuruskan oleh pegawai yang masih bertugas bersamanya.

“Malahan, petugas keselamatan seperti polis masih mengiring dan menjaga keselamatan beliau sepanjang masa,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Mei lalu menyatakan beliau mengeluarkan larangan keluar negara terhadap Najib dan Rosmah selepas kerajaan banyak menerima aduan berkaitan salah guna kuasa yang dilakukan Najib sebelum ini.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel