Connect with us

Berita Lain

Najib: Rosmah Terkejut, Tidak Percaya Nilai Rampasan Polis


Datuk Seri Najib Razak mendakwa isterinya terkejut dengan
pendedahan polis mengenai jumlah rampasan yang dibuat baru-baru ini.
Najib berkata Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempercayai
jumlah yang diumumkan polis kerana ada barangan itu bukanlah miliknya.
“Saya fikir penilaian itu… dia (Rosmah) tidak percaya
jumlahnya seperti itu. Dan beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia
mempunyai rekod bahawa ia dikirim.
Jadi kita perlu mengenal pasti barang-barang itu dan
memulangkannya (kepada pengirim).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami
memeriksa barangan tersebut secara individu,” katanya dalam satu wawancara
bersama Malaysiakini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman hari
ini mendedahkan nilai barang mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan
dengan Najib boleh mencecah RM1.1 bilion.
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata selain RM116.7
juta wang tunai terdiri daripada 26 jenis mata wang yang dirampas, sebanyak
12,000 barang kemas, 567 beg tangan, 423 utas jam tangan dan 234 cermin mata
turut dirampas.
Najib berkata nilai barangan yang dirampas adalah subjektif
dan tidak realistik kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas
berusia kira-kira 20 tahun lalu.
“Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga
bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan
tersebut) boleh berubah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat
barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut.
“Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh
buat kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan
mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis,” katanya.
Ahli parlimen Pekan itu berhasrat membina sebuah galeri bagi
mempamerkan hadiah istimewa yang diterima daripada orang kenamaan.
“Itu niat saya. Letak barang tersebut di sebuah pameran
kerana saya tidak pernah menggunakannya.
“Saya tahu ada cincin yang mahal diberikan tetapi saya tidak
menggunakannya sebab saya tahu harganya mahal dan saya tahu sebagai pemimpin,
saya tak patut menggunakannya.
“Ia tidak akan digunakan dan akan menjadi sebahagian
daripada galeri. Pada suatu hari nanti ia akan dipamerkan,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel