Connect with us

Berita Lain

Najib tak kawal Unit Komunikasi Strategik Umno



KUALA LUMPUR – Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat Umno menafikan unit tersebut di bawah kawalan bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam satu kenyataan hari ini, unit itu menegaskan penyumbang tulisan dan ideanya adalah dari pelbagai arah termasuk ahli dan penggiat media sosial Umno sendiri.


Katanya, ada individu bebas yang tidak berparti turut menyumbang idea kepada unit ini dan semuanya diamati dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum siaran.


“Jadi, tidak perlu ‘menelanjangkan’ siapa di belakang unit ini kerana kami menerima banyak sumbangan dalam bentuk tulisan setiap hari, dan ia dibuat secara sukarela,” kata kenyataan itu.


Sebelum ini, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat Umno mendedahkan siapa di belakang mereka.


Kit Siang turut mempersoalkan sama ada unit tersebut merupakan proksi Najib yang masih mahu berkuasa walaupun telah melepaskan jawatan Presiden Umno.


Menurut kenyataan itu lagi, Kit Siang perlu terlebih dahulu menjawab pertanyaan siapa di belakang Red Bean Army dan sama ada mereka dibiayai.


Katanya, peranan unit ini sama seperti suara DAP dalam Roket dan Pas melalui Harakah yang melaporkan untuk parti masing-masing selepas mengumpul semua data daripada pemimpin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Oleh itu, tak perlu rasanya Kit Siang sibukkan diri dengan pertanyaan ‘orang tidak berilmu’ ini. Kami hanya unit media dan bukan pasukan penyebar fitnah dan bukan penghantar maklumat separuh benar,” kata kenyataan itu.


-sinar harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel