Connect with us

Berita Lain

Najib: Wawancara Dengan Reuters ‘Sengaja Disalah Tafsir’


Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa wawancaranya dengan
Reuters baru-baru ini “sengaja disalah tafsir” oleh orang lain untuk
memberikan gambaran bahawa beliau tidak tahu mengenai transaksi berkaitan 1MDB.
Memetik temu bual eksklusif Najib dengan Malaysiakini, bekas perdana
menteri itu berkata beliau tahu mengenai transkasi 1MDB, yang mana lembaga
pengarah seharusnya telah memeriksanya sebelum beliau tandatangan.
Bagaimanapun, Najib mendakwa bahawa beliau tidak menyedari
tentang sebarang salah guna dana selepas 1MDB telah membayar rakan usaha
samanya (JV).
Najib juga berkata lembaga pengarah 1MDB seharusnya memantau
dan berpuas hati dengan proses korporatnya yang sepatutnya, sebelum para
pegawainya memintanya untuk secara rasmi menandatangani pelaburan atau
transaksi yang dicadangkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apa yang saya maksudkan ialah saya menyedari tentang
transaksi dan pelaburan utama, ya, tetapi sebaik sahaja transaksi dan pelaburan
dibuat, selepas itu saya tidak tahu, kerana itu adalah tahap pelaksanaan, dan
juga beberapa pelaburan dibuat di luar negara.
“Itulah yang saya maksudkan. Saya tidak bermaksud
bahawa saya tidak tahu segala-galanya. Itu tidak betul.
“Apa yang saya maksudkan ialah selepas wang itu dibayar
oleh 1MDB kepada pihak ketiga, saya tidak tahu apa yang berlaku kepada dana itu
kerana ia di luar kawalan atau pengetahuan saya, terutamanya kerana pihak
ketiga dan transaksi berada di luar negara..,” katanya. .
Berikutan artikel Reuters itu, Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad membidas Najib, yang merupakan pengerusi lembaga penasihat
1MDB, dengan menyatakan bahawa terdapat tandatangan Najib pada dokumen
berkaitan.
“Sekiranya dia tidak tahu, mestinya dia tidak memahami
apa maksud tandatangan,” kata Dr Mahathir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Reuters telah memetik Najib sebagai berkata bahawa beliau
mengharapkan lembaga pengarah 1MDB memberitahunya jika ada apa-apa yang tidak
kena.
Laporan itu berkata Najib mendakwa beliau tidak menyedari
bahawa wang dalam akaun peribadinya adalah dari 1MDB, dan jika ia digunakan
untuk membeli aset seperti kapal layar, lukisan, barang kemas dan hartanah.
“Apa yang saya katakan ialah semua orang mempunyai
tanggungjawab tertentu dan lembaga pengarah dan pihak pengurusan mempunyai
kewajipan fidusiari, dan saya mengharapkan mereka melakukan tugas mereka.
“Selagi mereka telah melakukan tugas mereka seperti
yang dinyatakan oleh undang-undang, tak apa. Sepatutnya begitulah.

“Dan saya mempunyai tanggungjawab saya sendiri, itulah
apa yang saya maksudkan. Jadi apa saja yang telah berlaku perlu dilihat dalam
konteks bukti dan tanggungjawab ini yang ditetapkan oleh undang-undang,”
tambahnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel