Connect with us

Berita Lain

Nak balik kampung, isi borang dulu – polis



KUCHING: Orang ramai yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri diingatkan untuk mengisi borang balik kampung supaya memudahkan polis membuat pemantauan di kawasan kediaman mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Sarawak SAC Shafie Ismail berkata polis akan terus melaksanakan fungsi dan peranannya dalam memastikan keselamatan masyarakat serta kepentingan harta benda awam dan rumah persendirian yang ditinggalkan sentiasa dalam keadaan selamat.


Beliau berkata semua jabatan agensi tersebut di Sarawak digerakkan bagi melaksanakan tugas rondaan pencegahan jenayah, risikan operasi dan pemantauan kawasan kediaman serta premis perniagaan sepanjang tempoh cuti perayaan ini.


“Bagi mencapai objektif Op Selamat ini, polis tidak mampu bertindak sendirian, saya menggesa masyarakat yang merancang meninggalkan kediaman masing-masing hendaklah mengambil langkah keselamatan yang difikirkan perlu…di samping mengisi borang pemakluman balik kampung yang boleh diperoleh di balai polis berdekatan atau dimuat turun daripada portal rasmi polis,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran Op Selamat sempena Aidilfitri peringkat Sarawak pada Isnin turut hadir Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Shafie berkata menerusi kerjasama semua jabatan polis, kes pecah rumah melibatkan geng rantau pada Hari Raya juga diyakini dapat ditangani.


“JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) telah ambil langkah sewajarnya tangani isu ini, kita harap tidak ada lagi dan untuk Op Selamat dalam masa terdekat, tidak ada lagi kes samun melibatkan geng rantau,” katanya. -Bernama


-mstar online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel