Connect with us

Berita Lain

Nyaris dirempuh mat rempit



ANGGOTA Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan trafik nyaris dirempuh dua mat rempit yang merempuh papan tanda bagi mengelak ditahan pihak berkuasa di Jalan Bakar Arang, Sungai Petani, malam tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam kejadian 10.30 malam itu, anggota terbabit sedang melakukan sekatan jalan raya dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2018.


Dua penunggang terbabit dari arah bandar dilihat menunggang secara berbahaya dengan menyelit di celah kenderaan sebelum memecut motosikal ke arah anggota JPJ dan trafik berkenaan.


Tindakan itu menyebabkan anggota JPJ dan trafik yang cuba menahan kedua penunggang itu terpaksa mengelak selepas penunggangnya bertindak agresif dengan merempuh papan tanda di tengah jalan.


Malah, Pengarah JPJ negeri, Ismasuhaimi Sharif, yang turut berada di lokasi operasi juga terpaksa mengelak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Pembangunan Insan negeri, Azman Nasruddin berkata, sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri, 2,121 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan di seluruh Kedah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Objektif operasi ini bagi memastikan pengguna jalan raya mengamalkan pemanduan berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan serta mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan jalan raya.


“Dalam operasi malam ini (tadi) 270 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya penunggang motosikal kerana pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, tiada cukai jalan dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan di Sungai Petani, hari ini.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel