Connect with us

Berita Lain

Parti Gerakan Pula Keluar BN, Kini Parti Bebas Blok Pembangkang


Parti Gerakan sebulat suara memutuskan untuk keluar daripada
komponen Barisan Nasional (BN).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu,
jawatankuasa pusat parti itu berkata keputusan tersebut dibuat selepas
perbincangan serius dan komprehensif serta mengambil kira perkembangan politik
semasa negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Sentimen akar umbi turut dipertimbangkan sementara
pemilihan di peringkat cawangan sedang dijalankan di seluruh negara,”
menurut jawatankuasa itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut kenyataan itu lagi, Gerakan benar-benar perlu
memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan dan tegas dalam mengejar
apa yang dipercayai terbaik untuk negara dan rakyat Malaysia.
“Keputusan itu selaras dengan aspirasi baru, keperluan
dan tuntutan rakyat pasca PRU14. Kami memutuskan bahawa Gerakan perlu
mencartakan arah baru untuk mempertahankan dan meneruskan perjuangan
parti,” kata jawatankuasa itu.
Menurut Gerakan, mereka meninggalkan BN dengan syarat baik
dan menjadi parti bebas dalam blok pembangkang bagi menawarkan semak dan imbang
kepada kerajaan Pakatan Harapan.
“Kami akan bekerjasama dengan pihak, individu dan
kumpulan demi kepentingan negara dalam menegakkan dan mempertahankan
Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kami juga amat komited untuk memelihara cara hidup
Malaysia seperti yang kita tahu dan kita mahukan secara kolektif sebagai rakyat
Malaysia,” kata jawatankuasa itu.
Pada 12 Jun lalu, empat parti komponen Barisan Nasional (BN)
Sarawak turut mengumumkan keluar daripada perikatan gabungan BN Pusat dengan
membentuk gabungan baharu dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
berkata, keputusan empat parti tersebut iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
(PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan
Parti Demokratik Progresif (PDP) meninggalkan perikatan BN diambil selepas
mengambil kira situasi politik semasa.
Menurutnya, keputusan pembubaran BN Sarawak selepas 44 tahun
bersama BN Pusat adalah demi kepentingan rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel