Connect with us

Berita Lain

PBB, PRS, PDP dan SUPP Umum Keluar BN


BN Sarawak hari ini secara rasmi terbubar selepas semua
parti komponennya mengumumkan keluar dari gabungan terbabit dan membentuk
pakatan baru dikenali sebagai “Gabungan Parti Sarawak” (GPS).

Semasa mengumumkan langkah itu Ketua Menteri Datuk Patinggi
Abang Johari Openg berkata keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh parti
terbabit, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Parti-parti komponen iaiitu PBB, SUPP, PRS, PDP
mengadakan pertemuan dan membuat keputusan sebulat suara untuk meningalkan BN
dan membentuk gaungan baru dengan parti tempatan, dikenali sebagai Parti
Gabungan Sarawak,” katanya.

Empat parti utama yang terlibat itu ialah Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti
Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresi (PDP).



Abang Johari berkata keputusan tersebut diambil selepas
semua parti membuat pertimbangan teliti serta mengambil kira keadaan semasa
politik selepas berlangsungnya pililhan raya umum (PRU) ke-14 lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“GPS akan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk
kepentingan negara serta Sarawak berdasarkan kepada perlembagaan persekutuan
dan persekutuan Malaysia.

“Kami percaya ini adalah masa paling sesuai untuk
Sarawak memulakan platform baru politik bagi menghadapi cabaran sesuai dengan
perubahan, aspirasi, keperluan dan tuntutan rakyat Sarawak,” katanya
semasa mengadakan sidang media itu di Kuching sebentar tadi.
Menurut Abang Johari, keputusan berkenaan berkuat kuasa
serta-merta.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel